Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jujutsu Kaisen 0 diakui sebagai filem #1 Jepun pada tahun 2021

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 8, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Jujutsu Kaisen 0 diakui sebagai filem #1 Jepun pada tahun 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Jujutsu Kaisen 0 telah menjadi filem #1 di Jepun pada tahun 2021 selepas menjual anggaran 7,603,732 tiket dengan jumlah kutipan ¥10,456,322,400 (kira-kira RM379,255,869.08) dalam 45 hari sejak tayangan debut. Ini meletakkan Jujutsu Kaisen 0 di hadapan Evangelion: 3.0+1.0 sebagai filem dengan kutipan tertinggi di box office Jepun bagi tahun 2021.

#劇場版呪術廻戦0 "特級" 大ヒット!

/
観客動員760万人突破!
興行収入104億円突破!
\

興行収入100億円を突破いたしました!沢山の方にご覧いただき、誠にありがとうございます!#劇場版呪術廻戦0 まだまだ上映中です!引き続き応援をよろしくお願いいたします!#呪術廻戦 pic.twitter.com/ZHcHeHiFoG

— 『呪術廻戦』アニメ公式 (@animejujutsu) February 7, 2022

Pada masa ini, Jujutsu Kaisen 0 menduduki tempat ke-34 dengan kutipan paling tertinggi dalam sejarah box office Jepun dan berjaya mengatasi filem blockbuster seperti The Lord of the Rings: The Return of the King, Toy Story 4 dan Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest dalam masa kurang daripada dua bulan. Filem popular ini juga menjadi filem anime ke-10 yang menghasilkan lebih daripada ¥10 bilion, serta filem anime ke-9 dengan kutipan tertinggi di Jepun sepanjang zaman.

Poster rasmi Jepun

Manga Jujutsu Kaisen 0 oleh Gege Akutami (dinamakan semula kepada Tokyo Metropolitan Curse Technical School) diterbitkan dalam majalah Jump GIGA dari April-Julai 2017. Siri ini berfungsi sebagai prekuel kepada siri Jujutsu Kaisen, yang mula bersiri dalam majalah Weekly Shonen Jump pada tahun 2018.

Bukan itu sahaja, peminat Jujutsu Kaisen di Malaysia juga boleh bergembira kerana filem Jujutsu Kaisen 0 nakal ditayangkan di pawagam Malaysia tidak lama lagi. Ia pada mulanya diacah melalui akaun Twitter TGV Cinemas tetapi tarikh pelepasan masih belum diumumkan secara rasmi. Buat masa ini, kita hanya mampu tunggu pengumuman rasmi oleh pihak bertanggungjawab. Berikut adalah sinopsis filem:

“Yuta Okkotsu adalah seorang pelajar sekolah menengah yang menderita dari sejenis masalah besar – iaitu rakan kecilnya, Rika telah bertukar menjadi sumpahan dan tidak akan meninggalkan Yuta. Oleh kerana Rika bukan sumpahan biasa, Yuta diperhatikan oleh Satoru Gojo, seorang guru di Jujutsu High.

Jujutsu High merupakan sebuah sekolah di mana para “exorcist” baru belajar cara-cara untuk melawan sumpahan. Gojo berjaya meyakinkan Yuta untuk mendaftar, tetapi adalah dia dapat belajar tepat pada masanya untuk menghadapi sumpahan yang menghantui dirinya?”

Sumber – Anime News Network

Tags: 2021animeJepunJujutsu KaisenJujutsu Kaisen 0
Previous Post

Attack on Titan: Kisah sebenar disebalik kewujudan Titan!

Next Post

[Unboxing] Robot Spirits Evangelion Unit 01 dari Tamashii Nations

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong
Review

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam
Anime

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

July 8, 2026
Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir
Berita

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

July 8, 2026
Next Post
[Unboxing] Robot Spirits < Side Eva > Evangelion Unit 01 dari Tamashii Nations

[Unboxing] Robot Spirits Evangelion Unit 01 dari Tamashii Nations

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd