Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing – S.H. Figuarts Ultraman Leo dari Tamashii Nations

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 8, 2022
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Tokusatsu, Unboxing
0 0
0
Unboxing – S.H. Figuarts Ultraman Leo dari Tamashii Nations
Share on FacebookShare on Twitter

Bukan rahsia lagi yang kami suka figura keluaran S.H. Figuarts, jadi artikel unboxing kali ini menampilkan figura Ultraman Leo yang baru dikeluarkan hujung tahun lepas. Jika korang peminat Ultraman, lagi-lagi Leo, mungkin figura ini boleh masuk wishlist.

Dihasilkan oleh Bandai Tamashii Nations, figura Ultraman Leo ini berukuran 150 mm tinggi dan dicipta dengan bantuan pasukan pengacuan rasmi Tsuburaya, LSS (Light Sculpture Studio). Dibuat khusus untuk set S.H. Figuarts Ultra Hero, figura Ultraman Leo termasuk;

  • efek “Leo Kick” untuk serangan epiknya
  • efek “Energy Light Ball” dan stand untuk mereplikasikan serangan Ultra
  • senjata ikonik Leo Nunchaku
  • Color Time optional (lampu ting-tong ting-tong di dada, untuk ganti korang perlu membuka perisai di dada dahulu)
  • 5 set tangan yang boleh ditukar ganti untuk kita menukar pose

Bagi mereka yang risau jika ia mudah, figura ini diperbuat daripada PVC/ABS. Jadi kualiti memang tahan lasak.

Berikut adalah sinopsis ringkas tentang Ultraman Leo bagi mereka yang kurang tahu;

Ultraman Leo ialah rancangan ke-7 dalam siri Ultra. Diterbitkan oleh Tsuburaya Productions, Ultraman Leo ditayangkan antara 12 April 1974 hingga 28 Mac 1975, dengan jumlah 51 episod. Berasal dari Planet L77 yang dimusnahkan oleh Alien Magma, Leo mengejar mereka sehingga ke Bumi untuk membalas dendam dan menemui Ultraseven yang telah ditewaskan oleh Magma. Selepas kejadian itu, Leo membuat keputusan untuk menggantikan tempatnya sebagai pembela Bumi. Mengambil identiti Gen Otori, dia menyertai pasukan MAC yang kaptennya ialah Dan Moroboshi.

Fakta ekstra – Leo dan adik lelakinya, Astra telah diterima sebagai Ultra Brothers dan kemudian, mereka berdua menjadi pelatih kepada anak Ultraseven iaitu Ultraman Zero.

Berada dalam lingkungan harga RM240-RM280, korang boleh dapatkan figura S.H. Figuarts Ultraman Leo di pengedar boleh dipercayai Malaysia seperti ToyGarden. Untuk melihat segala produk yang kami unboxing, sila tekan pautan ini.

Sumber – Tamashii Nation

Tags: FiguraS.H. Figuarts Ultraman LeoUltramanUltraman LeoUnboxing
Previous Post

Pemain Battlefield 2042 membuka petisyen untuk meminta refund!

Next Post

Attack on Titan: Kisah sebenar disebalik kewujudan Titan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong
Review

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam
Anime

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

July 8, 2026
Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir
Berita

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

July 8, 2026
Next Post
Attack on Titan: Kisah sebenar disebalik kewujudan Titan!

Attack on Titan: Kisah sebenar disebalik kewujudan Titan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd