Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangun GTA 6 kata game baru ini “spesial” dan aktif dibangunkan!

Maira by Maira
February 7, 2022
in Artikel, Berita, Game
0 0
0
Pembangun GTA 6 kata game baru ini “spesial” dan aktif dibangunkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama peminat GTA ingin mengetahui perkembangan lanjut mengenai entri terbaru francais itu, akhirnya Rockstar Games telah mengeluarkan kenyataan terbaru mengenainya. Melalui tweet beberapa hari yang lalu, Rockstar Games telah mengesahkan bahawa pembangunan untuk GTA 6 sedang dijalankan. Walaupun tiada apa-apa maklumat terperinci yang didedahkan tetapi salah seorang pembangun telah mengacah bahawa game itu merupakan sebuah game yang spesial.

Berikut adalah tweet daripada Jim Jagger, naib presiden animasi Rockstar:

This is going to be special… https://t.co/CmgUCKXztm

— Jim Jagger (@JimJagger) February 4, 2022

Peminat Grand Theft Auto telah terdesak untuk mendapatkan maklumat tentang GTA 6 selama bertahun-tahun. Lebih-lebih lagi apabila GTA 5 telah dikeluarkan ke pelbagai platform dan akan ke konsol next-gen pada bulan depan. Selain daripada itu, GTA Online masih lagi beroperasi untuk pemain menyibukkan diri mereka sebelum GTA 6 dilancarkan nanti. Dengan tweet terbaru yang dilepaskan itu, sudah tentu ianya membuatkan ramai peminat teruja.

Lapan tahun menunggu dan Rockstar sememangnya melakukan yang terbaik untuk menyampaikan berita gembira ini kepada peminatnya. GTA V telah menjadi game kedua terlaris dengan 155 juta salinan terjual di semua platform game itu tersedia. Sudah tentu, ramai ternanti-nanti entri terbaru GTA dan berharap dapat mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan game itu.

GTA 5 akan dilancarkan di PS5 dan Xbox Series X|S pada 15 Mac 2022. Game tersebut akan mendapat pelbagai kemas kini pada mod grafik, teknikal dan banyak lagi. Pemain yang bermain pada PS4 dan Xbox One boleh memindahkan progress story mode semasa pelancaran game ini pada konsol next-gen.

Anda semua teruja untuk main GTA 6 nanti? Apa yang anda harapkan untuk lihat dalam entri terbaru tersebut? Boleh kongsikan pada kami! Untuk mengikuti berita lanjut mengenai francais GTA, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: gta 6rockstar games
Previous Post

Ini antara filem hebat Netflix pada tahun 2022! Semuanya gempak belaka!

Next Post

Daftar di laman web PSVR 2 untuk menerima info terkini tentang pre-order

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Daftar di laman web PSVR 2 untuk menerima info terkini tentang pre-order

Daftar di laman web PSVR 2 untuk menerima info terkini tentang pre-order

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd