Attack on Titan baru sahaja mendedahkan Founding Titan Eren. Jadi, kami mahu memberikan sedikit pengenalan ringkas untuk kesemua Nine Titan yang dihasilkan oleh Ymir. Tanpa membuang masa, mari kami ceritakan sedikit tentang titan sebelum memperkenalkan Nine Titan tersebut.
Titans ialah spesis gergasi humanoid pemakan manusia yang menjadi pemangkin kepada siri Attack on Titan. Semua penduduk yang tinggal di sebalik dinding besar diajar bahawa mereka muncul 107 tahun sebelum tahun 850 dan memusnahkan manusia sehingga hampir pupus. Pada hakikatnya, mereka telah berubah menjadi manusia yang dikenali sebagai “Subjek Ymir” dan telah wujud selama hampir 2,000 tahun.

Untuk pengetahuan anda, Nine Titan adalah serpihan daripada kuasa Ymir. Manusia yang mewarisinya mempunyai kuasa Titan, yang membolehkan mereka berubah menjadi Titan sesuka hati dan memperoleh kebolehan istimewanya sambil mengekalkan tubuh manusia dan kecerdasan mereka. Seorang manusia yang mempunyai kuasa Titan mempunyai akses kepada kebolehan Titan seperti menyembuhkan diri atau kelajuan yang tinggi. Berikut adalah titan tersebut:
Colossal Titan

Pengguna Colossal Titan boleh mengawal tenaga yang dihasilkan semasa transformasi mereka untuk mencipta pelbagai kesan. Contohnya, apabila Bertholt menyerang Daerah Trost dan transformasinya mencetuskan hembusan angin yang kuat. Titan Colossal juga mampu menghasilkan awan debu dan runtuhan, yang menyebabkan kematian ramai anggota Survey Corps semasa pertempuran di daerah Shiganshina. Ia juga terkenal dengan saiznya yang besar dan kehebatan fizikal yang dimiliki. Seperti pintu Wall Maria yang dimusnahkan dengan hanya satu tendangan sahaja. Titan ini mempunyai keupayaan unik untuk mengawal wap yang dikeluarkan dari badannya. Wap tersebut mampu membakar malah membantu menangkis serangan jarak dekat.
Armored Titan

Armored Titan mempunyai ketinggian 15 meter dan mempunyai sedikit persamaan dengan bentuk manusianya seperti Reiner Braun. Dari segi penampilan, Armored Titan mempunyai plat tebal dan keras di seluruh badannya. Plat itu berfungsi sebagai perisai yang mampu menangkis serangan luar termasuk meriam dan bilah ODM. Selain itu, ia juga dapat mengeraskan tangan dan kakinya yang boleh bertukar menjadi kuku yang tajam. Satu-satunya kelemahan titan ini ialah kawasan belakang sendinya tidak mempunyai perisai tersebut. Armor itu juga sebenarnya lemah kepada senjata berkuasa tinggi seperti artileri yang digunakan oleh Mid-East Allied Forces.
Attack Titan

Eren merupakan Attack Titan dalam siri ini. Attack Titan boleh menerima memori daripada kedua-dua pewaris masa lalu dan masa hadapan. Kuasa itu digambarkan sebagai “kuasa yang melangkaui masa” oleh Zeke Yeager. Memori itu akan bertindak sebagai pemangkin untuk Attack Titan berjuang untuk kebebasan dan maju ke hadapan. Walaupun ia hanya membolehkan melihat sekilas ke masa depan dan kehidupan mereka yang akan mewarisi Titan kemudiannya, ia selalunya tidak lengkap malah menghalang pengguna daripada melihat gambaran yang lebih besar. Dari segi penampilan, Attack Titan adalah 15 meter tinggi dan badan yang sangat berotot dan rahang tanpa daging. Yang menarik tentang Titan ini ialah, dia satu-satunya Nine Titan yang belum disahkan mempunyai kebolehan unik seperti yang lain tetapi dengan menggunakan serum khas, titan ini boleh menggunakan keupayaan pengerasan.
Female Titan

Female Titan ini sama seperti Founding Titan dan Beast Titan milik Zeke. Dia dapat menggunakan tahap pengaruh ke atas Pure Titan melalui keupayaan berasaskan jeritan. Memandangkan dia boleh menarik Pure Titan, Annie Leonhart telah menggunakan kebolehan ini untuk mengumpulkan Titan di Pulau Paradis semasa kejatuhan Wall Maria. Tetapi sudah tentu kebolehan ini mempunyai kelemahannya. Pure Titan tadi yang datang berhampiran Female Titan akan cenderung untuk menyerang dan memakan badannya.
Titan ini juga terkenal dengan daya tahan dan mobiliti yang luar biasa serta boleh mengeraskan kulitnya sesuka hati untuk menghancurkan bilau ODM apabile bersentuhan. Menariknya, Annie juga boleh keluar dari tengkuk Titannya untuk membentuk kristal yang mengeras di sekelilingnya sebagai perlindungan.
Beast Titan

Memiliki rupa seperti binatang, Beast Titan lebih besar berbanding titan lain dan mempamerkan ciri haiwan bergantung kepada penggunanya. Ia juga menunjukkan ciri-ciri yang biasa terdapat pada rusa, burung, lembu dan serigala. Manakala Titan Zeke Yeager mempunyai bentuk seperti beruk. Jika anda ingin tahu, cecair tulang belakang Zeke telah digunakan untuk mengubah Falco menjadi titan, yang membuatkan Jaw Titan Falcon hampir serupa dengan Beast Titan.
Beast Titan Zeke memiliki kebolehan hebat untuk melontar objek dengan ketepatan yang tinggi dan keupayaan pemusnah, terutamanya semasa pertempuran di Daerah Shiganshina di mana kebanyakan Survey Corp telah dihapuskan dengan batu. Selain itu, kerana darah dirajanya, Zeke mempunyai keupayaan untuk menukar Subjek Ymir menjadi Titan.
Jaw Titan

Seperti namanya, Jaw Titan mempunyai satu set rahang yang kuat yang boleh merobek hampir semua benda dengan mudah. Mereka yang memegang kuasa Jaw Titan menunjukkan kepantasan dan ketangkasan yang luar biasa. Walau bagaimanapun, rahang yang dimiliki akan menjelma dalam bentuk yang berbeza mengikut penggunanya. Seperti Ymir yang mempunyai gigi yang mengeras manakala Falco dan Marcel bertopengkan perisai dan saduran rahang yang hampir kalis peluru. Selain itu, Jaw Titan Falco mempunyai keupayaan untuk menumbuhkan sayap dan ekor, membolehkan ia terbang sambil membawa orang di atas badannya.
Founding Titan

Titan ini juga dikenali sebagai Progenitor Titan atau Coordinate. Founding Titan adalah titan pertama yang mempunyai kebolehan untuk mencipta dan mengawal orang lain, mengubah suai ingatan dan badan mereka Subjek Ymir. Walaupun Titan ini dimiliki Eren, kuasanya dari segi sejarah hanya boleh dimanfaatkan oleh ahli keluarga diraja. Ia mempunyai beberapa kebolehan, termasuk penciptaan dan kawalan titan, memanipulasi memori, dan telepati. Kuasa untuk memerintah Titan lain tanpa disedari digunakan oleh Eren dalam usaha untuk melindungi Mikasa, manakala manipulasi anatomi digunakan oleh seorang raja Eldian untuk menjadikan Subjek Ymir kebal terhadap wabak yang berleluasa. Dari segi ketinggian, Founding Titan mempunyai ketinggian 13 meter tetapi boleh menjadi lebih tinggi jika menggunakan kebolehan sepenuhnya.
Cart Titan

Cart Titan mempunyai tahap ketahanan yan glebih tinggi daripada Nine Titan yang lain dan boleh mengambil bahagian dalam misi dengan lebih lama tanpa perlu berehat. Rintangan Titan ini membolehkannya mengekalkan bentuknya dan memakai senjata seperti perisai pertempuran, platform machine gun mudah alih dan pek kargo. Berbeza dengan Titan lain yang berkaki dua, Cart Titan berkaki empat. Dari segi kelemahan, Cart Titan mempunyai pertahanan yang lebih rendah dan kebolehan regenerate miliknya lebih perlahan dan berkemungkinan boleh ditewaskan dengan pukulan maut. Sama dengan Jaw Titan, Cart Titan mempunyai kelajuan yang besar.
War Hammer Titan

War Hammer Titan boleh menghasilkan dan memanipulasi struktur yang diperbuat daripada daging Titan yang mengeras lalu menukarnya menjadi senjata dalam bentuk bilah atau spike. Theo Magath menyatakan bahawa pengerasan struktur War Hammer Titan harus digunakan secara sederhana, kerana penggunaan berterusan boleh mengurangkan stamina pengguna, yang kekal sedar selepas transformasi. Walau bagaimanapun, War Hammer Titan boleh mengeluarkan pusat kawalannya dari tengkuknya, menghubungkan Titan dan hos dengan kabel daging yang panjang. Titan ini juga boleh muncul selepas transformasi tanpa hos di dalam tengkuknya, yang merupakan kebolehan unik yang tidak dimiliki oleh Nine Titan yang lain.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan mengenai Nine Titan. Kalau anda sukakan kandungan seperti ini, boleh cadangkan kepada kami untuk fakta lain yang anda ingin tahu! Untuk mengikuti liputan lain mengenai Attack on Titan, sila klik pautan ini.
Sumber: Attack on Titan Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post