Siri Attack on Titan ialah rancangan TV dan siri anime yang mendapat permintaan paling tinggi di seluruh dunia pada tahun 2021, menurut data terkini daripada Parrot Analytics.
Melalui acara anugerah “Global TV Demand Awards,” Attack on Titan muncul sebagai rancangan TV yang mendapat paling banyak permintaan pada tahun 2021, mengatasi Squid Game, siri TV Korea Selatan yang popular distrim secara eksklusif di Netflix. Selain itu, Attack on Titan juga diiktiraf sebagai siri anime yang in-demand pada tahun 2021.

Parrot Analytics menyatakan bahawa populariti Attack on Titan tersebut berkait dengan populariti anime yang semakin meningkat pada peringkat global. Menurut data mereka, permintaan global untuk anime meningkat sekitar 118%. Anime ialah subgenre global ketiga yang mendapat permintaan tinggi pada tahun 2021 manakalau drama jenayah dan sitkom mendapat tempat teratas.
Tambahan pula, terdapat peningkatan dalam penggunaan media untuk siri TV bukan bahasa Inggeris. Permintaan global untuk kandungan bahasa Jepun, yang sebahagian besarnya diterajui oleh siri anime, meningkat sebanyak 83%, manakala kandungan Korea pula meningkat kepada 37% pada masa yang sama.

“Pemenang Anugerah Permintaan TV Global tahun ini mengesahkan bahawa kebolehan untuk mengakses kandungan adalah kunci kepada penonton di seluruh dunia untuk mencari rancangan kegemaran mereka yang seterusnya. Siri anime berkaliber tinggi dari Jepun, seperti Attack on Titan, lebih mudah didapati sekarang berbanding sebelum ini, memperkemaskan proses penemuan, penggunaan dan perbualan. Apabila platform hiburan beralih kepada lebih ke pasaran global, semakin besar kemungkinan rancangan dari Korea Selatan, Sepanyol atau Jerman akan menemui pangkalan peminat di luar wilayah terasnya. Pemenang tahun ini menunjukkan bahawa permintaan untuk kandungan antarabagsa adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini — mereka hanya perlu berada di hadapan untuk kekal di atas fikiran.”
Julia Alexander, Senior Strategy Analyst di Parrot Analytics

Siri anime Dragon Ball Z juga diiktiraf sebagai siri warisan yang paling mendapat permintaan pada tahun 2021. Siri pemenang bagi setiap kategori ditentukan berdasarkan data permintaan TV global Parrot Analytics untuk tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.
Anda boleh menonton siri anime ini di platform Netflix, iQiYi dan banyak lagi platform rasmi lain. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime, sila klik pautan ini.
Sumber: Anime corner
@gamersantaimy
Discussion about this post