Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game open-world The Seven Deadly Sins Origin diumumkan, gameplay seperti Genshin Impact

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 27, 2022
in Action, Adventure, Anime, Artikel, Berita, Konsol, Mobile, Open World, PC
0 0
0
Game open-world The Seven Deadly Sins Origin diumumkan, gameplay seperti Genshin Impact
Share on FacebookShare on Twitter

Netmarble secara rasmi mendedahkan Seven Deadly Sins Origin hari ini di acara “Netmarble Together with Press”. Dilabel sebagai sekuel kepada game RPG gacha Seven Deadly Sins: Grand Cross, Netmarble memberitahu bahawa ada pelbagai kesukaran semasa mengadaptasikan skala Seven Deadly Sins yang besar dalam Grand Cross. Disebabkan itu, game baru ini dikatakan akan cuba “menangkap dunia manga/anime” dengan lebih baik dengan menyeluruh.

Korang boleh melihat teaser rasmi di bawah:

Menurut bahan sumber, Seven Deadly Sins Origin dibangunkan sebagai game open world, dengan kisah original. “Mari terokai dunia Britannia, dan mendalami plot cerita yang mengasyikkan”. Disebabkan ia adalah game open world, korang dapat bergerak dengan bebas dan meneroka ke mana sahaja yang korang mahu sambil mengambil bahagian dalam pertempuran menentang Demon.

Semasa awal-awal diumumkan, ramai yang menyamakan game ini dengan Genshin Impact, cuma bezanya adalah kita akan meneroka dunia sebagai watak-watak dari anime/manga popular. Seven Deadly Sins Origin dirancang untuk keluar di platform PC, mobile dan konsol, tetapi masih tidak pasti untuk konsol mana ia akan dikeluarkan dan jika semuanya dikeluarkan secara serentak.

Malangnya, itu sahaja info yang kami ada buat masa ini.

Manga The Seven Deadly Sins dicipta oleh Nakaba Suzuki pada Oktober 2012 dan tamat pada Mac 2020. Diadaptasikan kepada siri anime, korang boleh tonton Seven Deadly Sins musim 1 hingga musim terakhir di Netflix. Buat masa ini, sensei Suzuki juga sedang menghasilkan siri sekuel yang berlangsung 16 tahun selepas kekalahan Demon King berjudul Mokushiroku no Yon-kishi (The Four Knights of the Apocalypse) yang mengikuti watak bernama Percival bersama rakan-rakannya. Jadi, ada banyak lagi yang terjadi.

Untuk segala liputan kami tentang Seven Deadly Sins termasuk penjelasan ringkas tentang ending, sila tekan pautan ini.

Sumber – GB

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeGenshin ImpactThe Seven Deadly SinsThe Seven Deadly Sins Origin
Previous Post

Kartel Mexico didakwa mengupah pengedar dadah melalui “GTA Online”

Next Post

Steam dan Epic Lunar Sale 2022 sudah bermula! Jom usya game baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Steam dan Epic Lunar Sale 2022 sudah bermula! Jom usya game baru!

Steam dan Epic Lunar Sale 2022 sudah bermula! Jom usya game baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd