ASUS telah mengumumkan Vivobook 13 Slate OLED — laptop “2-in-1” 13.3 inci pertama di dunia dengan papan kekunci yang boleh ditanggal pada nilai harga RM3499.

Bersama skrin sentuh Dolby Vision OLED 13.3-inci, laptop ini mempunyai nisbah skrin lebar 16:9 yang memberikan pengalaman skrin penuh apabila menonton filem dan rancangan TV. Ia juga disahkan PANTONE® dan diperakui DisplayHDR™ True Black 500. Vivobook 13 Slate OLED juga menawarkan perlindungan mata yang lebih baik, dengan paras cahaya biru yang lebih rendah yang diperakui oleh TÜV Rheinland. Melengkapkan pengalaman hiburan adalah sistem quad-speaker Dolby Atmos.
Dilengkapi teknologi WiFi 6, ia dihebatkan lagi oleh teknologi ASUS WiFi Master untuk sambungan yang lebih stabil dan boleh dipercayai. Pemilik boleh memanfaatkan sistem ini bersama langganan Xbox® Game Pass Ultimate percuma selama sebulan yang disertakan dengan laptop.
Selain itu, Vivobook 13 Slate OLED memudahkan kita untuk meneruskan hobi dan minat kreatif dengan skrin sentuh responsif dan ASUS Pen 2.0. Keluarkan stylus daripada pemegang magnetik dan siap sedia untuk melukis. Empat hujung pen juga boleh ditukar ganti dan mempunyai tekstur berbeza yang meniru pensel jenis 2H, H, HB dan HB. Ini sesuai bersama langganan Adobe® Creative Cloud® percuma (juga termasuk sekali dengan laptop), yang termasuk akses sebulan kepada semua aplikasi kreatif Adobe. Apabila kerja menulis memanggil, hanya pasang balik keyboard yang boleh ditanggalkan tadi.
Prestasi pantas pula disediakan oleh pemproses Intel quad-core 3.3 GHz, dengan storan hingga 256 GB PCIe® Gen 3.0 x4 SSD dan RAM hingga 8GB LPDDR4X. Perlu menyambung peranti USB, atau memindahkan fail? Tiada masalah kerana ada dua port USB-C, kombo audio jack dan pembaca kad microSD. Untuk log masuk, terdapat fingerprint sensor optional pada butang kuasa.
Mengecas bateri juga mudah. USB-C Easy Charge bermakna ia boleh dicas daripada power bank atau hampir mana-mana pengecas USB-C. Charger yang disertakan boleh mengecas laptop kepada 60% dalam tempoh seawal 39 minit, jadi kita tidak perlu tunggu lama.
Akhir sekali adalah Vivobook 13 Slate OLED mempunyai dua kamera — kamera 5 MP di hadapan untuk panggilan video dan kamera belakang 13 MP untuk mengambil gambar atau video.
Bagi mereka yang berminat, ASUS Vivobook 13 Slate OLED (T3300) boleh didapati mulai 25 Januari 2022 di kedai dalam talian rasmi dan pengedar sah Malaysia pada harga RM 3,499.
Maklumat lanjut tentang laptop boleh dibaca di SINI.
Spesifikasi ASUS Vivobook 13 Slate OLED (T3300)
Lid material | Aluminum |
CPU | Quad-core Intel® Pentium® Silver N6000, up to 3.3 GHz |
Graphics | Intel® UHD integrated graphics |
Display | 13.3″ FHD OLED (1920×1080), 16:9, 550 nits peak brightness, 100% DCI-P3 color gamut; Dolby Vision |
Operating system | Windows 11 Home |
Main memory | Onboard 8 GB LPDDR4x |
Storage | 256 GB PCIe® Gen 3.0 x4 SSD |
Connectivity | WiFi 6 (802.11 ax) with ASUS WiFi MasterBluetooth® 5.2 |
Camera | Front: 5 MP Rear: 13 MP |
I/O ports | 2 x USB 3.2 Gen 2 Type-C® with display / Power Delivery support1 x 3.5 mm combo audio jack1 x microSD card reader |
Detachable keyboard | Full-size keyboard with 1.4 mm key travel, 19.05 mm key pitch, 0.2mm key-cap dish |
Included in the box | Sleeve StandStylus Stylus holder |
Audio | Quad stereo speakersDolby AtmosSmart amplifier |
Battery | 50 Whr 3S1P, 3-cell Li-ion |
AC adapter | TYPE-C, 65W AC Adapter, Output: 20V DC, 3.25A, 65W, Input: 100-240V AC 50/60GHz universal |
Dimensions | 309.9 x 190 x 7.9 mm |
Weight | 785 g |
Pricing | RM 3,499 |
Untuk segala liputan kami tentang ASUS, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post