Pelakon terkenal Dwayne “The Rock” Johnson nampaknya akan membintangi filem baru berdasarkan sebuah game popular, menurut temu bual dengan Men’s Journal baru-baru ini. Secara lebih khusus lagi, temu bual ini bertanya kepada The Rock tentang apa dia akan lakukan selepas menamatkan penggambaran Black Adam. Bukan itu sahaja, ia juga menyentuh tentang topik The Rock yang pernah bekerja dengan Microsoft dan Xbox pada masa lalu. Tanpa membocorkan apa-apa info penting, The Rock memberi beberapa petunjuk tentang projek seterusnya.
Berikut adalah petikan dari The Rock:
Saya tidak boleh memberitahu game mana yang khususnya kami lakukan, tetapi akan ada pengumuman tentangnya pada tahun ini. Kami akan membawa salah satu game yang paling besar dan paling gempak ke layar perak—satu yang telah saya bermain selama bertahun-tahun.
Saya sangat teruja untuk membawanya kepada peminat di seluruh dunia. Sudah tentu kami akan melakukannya dengan betul untuk rakan-rakan gamer-dan akan membuat filem yang hebat.”

Walaupun The Rock tidak mengesahkan projek itu berkaitan dengan Microsoft atau Xbox, ramai yang menyangka kedua-dua syarikat besar ini pasti terlibat. Dari situ, ramai juga menganggap Gears of War adalah calon yang paling berkemungkinan akan diadaptasikan ke layar perak.

Ini merupakan kali ke-3 The Rock terlibat dalam projek filem berdasarkan game berikutan Doom (2005) dan Rampage (2018). Bagi Rampage, The Rock asalnya berminat untuk kembali membuat sekuel, tetapi rakan penerbit Hiram Garcia menjelaskan bahawa peluang untuk dapatkan sekuel amat rendah kerana jadual mereka yang penuh dan minat untuk meneroka projek lain. Selepas tayangan rasmi, Rampage meraih sambutan positif oleh pengkritik dan penonton, lalu menjadi filem live action berdasarkan game paling terbaik pada masa itu sehinggalah kemunculan Detective Pikachu pada tahun 2019.
Sumber – Screenrant
@gamersantaimy
Discussion about this post