Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Booth Genshin Impact dibuka di Sunway Velocity! Ada hadiah yang anda boleh menangi!

Maira by Maira
January 25, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game
0 0
0
Booth Genshin Impact dibuka di Sunway Velocity! Ada hadiah yang anda boleh menangi!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pemain atau peminat Genshin Impact, bolehlah anda melawat ke Sunway Velocity Mall di Kuala Lumpur. Di sana, ada sebuah booth khas Genshin Impact untuk anda bergambar serta menyertai acara yang dianjurkan. Booth tersebut tersedia bermula 25 Januari sehingga 7 Februari 2022.

Sumber: Sunway Velocity

Lokasi booth itu terletak di tingkat tiga berdekatan dengan kedai Myung Rang. Kalau anda masih tidak menjumpainya, ada kadbod Ganyu dan Zhongli yang akan berada di hadapan booth tersebut. Terdapat dua acara tersedia yang anda boleh sertai. Berikut adalah acaranya:

  • Photo Challenge
    • Anda perlu menangkap gambar anda di booth Genshin Impact.
    • Gambar tersebut perlu dimuatnaik di mana-mana media sosial dengan hashtag #genshin dan #genshinimpact.
    • Setelah selesai, anda perlu tunjukkannya kepada staf yang terlibat untuk menyelesaikan acara ini.
  • Katheryne’s Magic Word
    • Anda perlu mencari perkataan dan menulisnya dengan jelas.
    • Ada petunjuk yang diberikan iaitu ” bongkar rahsia magis Tevyat yang diawasi.”
    • Seteleah anda selesai, tunjukkan hasil penyiasatan anda kepada staf terlibat.
Sumber: Chee T Theng (Facebook)

Anda boleh mendapat beberapa hadiah menarik dari acara ini. Antaranya ialah poskad serta pelapik cawan/ coaster. Selain daripada itu, acara giveaway khas Genshin Impact juga dijalankan di Facebook Sunway Velocity. Anda berpeluang untuk memenangi acrylic standee Zhongli atau Raiden Shogun. Untuk menyertainya, anda hanya perlu komen di post facebook tersedia dengan jawapan untuk soalan berikut:

  • Apakah watak Genshin Impact kegemaran anda?
  • Tag dua kawan untuk dibawa ke Sunway Velocity
  • Letakkan hashtag #GenshinImpact, #Genshin dan #SunwayVelocity

Giveaway tersebut akan tamat pada 6 Februari ini. Jadi, cepat-cepat tinggalkan komen di post tersebut! Jika anda pergi untuk melihat booth tersebut, jangan lupa patuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Kita jaga komuniti Genshin dengan baik.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact, sila klik pada pautan ini.

Sumber: Facebook Sunway Velocity

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BoothGenshin ImpactSunway Velocity
Previous Post

Maklumat terperinci untuk Stranger of Paradise: Final Fantasy didedahkan!

Next Post

My Hero Academia: Info padat untuk semua pengguna One For All!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
My Hero Academia: Info padat untuk semua pengguna One For All!

My Hero Academia: Info padat untuk semua pengguna One For All!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd