Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kantoi tiru watak LoL untuk game sendiri, Riot Games saman studio dari Vietnam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 24, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Kantoi tiru watak LoL untuk game sendiri, Riot Games saman studio dari Vietnam
Share on FacebookShare on Twitter

Riot Games telah saman Imba Network, sebuah studio game dari Vietnam, selepas mereka ditangkap meniru watak-watak LoL (League of Legends) untuk game sendiri. Menurut tuntutan mahkamah, Riot menuduh game “I Am Hero: AFK Tactical Teamfight” oleh Imba Network kerana meniru penampilan watak, cerita latar belakang dan banyak lagi sehingga orang ramai anggap ini sebagai kerja “copy & paste”. Secara lebih khusus lagi, watak LoL yang ditiru bukannya versi MOBA tetapi sebenarnya adalah game auto battler, Teamfight Tactics.

Iklan untuk I Am Hero

Tuntutan tersebut difailkan di California, dan meminta mahkamah supaya menghalang Imba daripada menjual game tersebut dan berhenti melanggar hak cipta League of Legends. Riot juga meminta sebanyak $150,000 untuk setiap isu pelanggaran hak cipta.

Wakil peguam Riot Games berkata bahawa mereka sudah memfailkan surat pemberhentian dengan Imba, dengan “carta perbandingan yang luas tetapi tidak menyeluruh bagi watak yang ditiru dan sedikit elemen gameplay.” Imba menafikan dakwaan bahawa mereka meniru League of Legends.

Dijelaskan dalam tuntutan mahkamah, Riot menunjukkan gambar perbandingan antara kedua-dua game dengan mempamerkan reka bentuk watak dan nama mereka yang hampir serupa — seperti Heimerdinger (League of Legends) vs. Dinger (I Am Hero: AFK Tactical Teamfight), Vi vs. Vy dan Teemo vs. Tomee.

Jika korang baca teks di atas, Imba Network nampaknya telah copy-paste terus segala teks daripada kisah League of Legends untuk mengisi latar belakang watak dalam I Am Hero: AFK Tactical Teamfight. Selain itu, Riot juga mendakwa bahawa abilit dan ikon untuk sesetengah watak juga amat serupa.

Ini bukan kali pertama Riot Games menguruskan kes “copy-cat” kerana Tencent Holdings (syarikat induk Riot) berjaya memenangi kes $2.9 juta di mahkamah berkaitan dengan isu kontroversi Mobile Legends milik Moontoon.

Apa pendapat korang tentang kes Riot Games saman studio Vietnam di atas? Patut ke tak? Jom bincangkan di ruang komen!

Tags: LolRiot GamesVietnam
Previous Post

Scalper PS5 menganggap operasinya dapat menghasilkan ramai usahawan berjaya!

Next Post

[Khabar angin] Armored Titan akan hadir ke COD: Warzone!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
[Khabar angin] Armored Titan akan hadir ke COD: Warzone!

[Khabar angin] Armored Titan akan hadir ke COD: Warzone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd