Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Scream – Filem slasher terbaru dengan jenaka menarik!

Maira by Maira
January 20, 2022
in Artikel, Berita, Movie Review, Review
0 0
0
[Review] Scream – Filem slasher terbaru dengan jenaka menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Kami berpeluang untuk menonton filem ini sebelum ia ditayangkan pada hari ini. Untuk pengetahuan anda, filem Scream terbaru ini merupakan filem kelima dalam francais. Tetapi ia tidak diberikan nombor pada tajuknya. Ia berlaku 10 selepas perkara yang terjadi dalam filem Scream 4. Tanpa membuang masa, ini ialah review jujur saya untuk entri kelima filem slasher, Scream.

Penulisan cerita

Disebabkan filem ini merupakan sekuel untuk filem Scream 4 yang dikeluarkan 10 tahun yang lalu, penulisannya agak baik. Walaupun ia seperti tiada hubungkait dengan filem dahulu pada awalnya, tetapi hubungan itu terus dibina dan boleh dikaitkan antara satu sama lain.

Penonton akan mengikuti kisah sekumpulan orang muda pada awal filem tetapi tumpuan tersebut sekali sekala akan beralih ke orang tua yang terselamat daripada peristiwa 10 tahun yang lalu. Terdapat banyak watak yang terlibat dalam filem ini tetapi hanya Sam dan Richie sahaja yang menjadi tumpuan utama dan tetapi watak lain seperti tidak dibangunkan dengan baik.

Anda mungkin akan berasa sedih melihat beberapa watak yang dibunuh, tetapi tidak begitu banyak watak yang dibangunkan untuk memberikan impak. Bukan setakat itu sahaja, ada yang dibunuh tanpa sebab.

Scream filem

Pembangunan plotnya juga boleh dijangka walaupun anda boleh nampak percubaan pihak produksi sebaik mungkin supaya tidak mudah dijangka. Tetapi pengakhiran filem tersebut terserlah selepas Sam dan Richie bertemu dengan Dewey. Walaupun begitu, spoiler tersebut mati dengan cepat jadi tidak banyak yang didedahkan sangat selepas itu.

Dialog dalam filem ini sangat menarik. Kenapa? Kebanyakkan dialog dalam Scream, menyindir filem slasher dan seram yang lain. Lebih-lebih lagi filem Halloween yang ditayangkan pada tahun lepas. Mereka berkata mengenai bagaimana watak filem slasher dan seram sering melakukan perkara bodoh yang tidak masuk akal. Tetapi filem Scream ini juga cuba untuk tidak melakukan kesilapan yang sama dalam kebanyakkan filem seram.

Persembahan dan lakonan

Pelakon melakonkan watak mereka dengan baik dan berjaya untuk menunjukkan emosi mereka untuk watak. Contohnya, semasa Tara cuba lari menggunakan kerusi rodanya, anda boleh lihat betapa terdesaknya dia. Dewey, yang dilakonkan oleh David Arquette telah menunjukkan prestasi yang baik walaupun agak cringe pada beberapa scene.

Visual dan bunyi

Walaupun ianya sebuah filem slasher, tetapi ia tidaklah begitu gory dan sebagainya. Anda tidak akan nampak darah memercik dengan banyak walaupun pada act pertama mereka agak kacau bilau. Saya juga hairan kenapa ia tidak menunjukkan banyak darah seperti filem-filem slasher lain. Jika dibandingkan, Scream merupakan sebuah filem yang lebih “bersih” daripada filem dengan genre yang sama.

Selain daripada itu, penapisan pada filem ini juga boleh dikatakan agak banyak. Lebih kurang lima hingga enam scene yang ditapis suaranya jika watak mula mencarut. Lebih teruk lagi, ada scene yang dipotong sepenuhnya dan ianya scene penting untuk pengakhiran filem ini.

Efek bunyi yang digunakan seperti terlampau banyak bagi saya. Kemana sahaja mereka pergi, mesti akan ada bunyi yang menyeramkan, seperti sesuatu yang akan jadi pada mereka. Apabila telefon berdering, bunyi itu akan dimainkan lagi.

Scream filem

Kesimpulan

Saya rasa filem ini sepatutnya buat sahaja reboot yang baru, dengan watak serta pembunuh baru. Tetapi apabila watak OG dan menceritakan kembali perkara yang terjadi yang terikat dengan masa lalu, ia seperti memberikan penonton baru sedikit sebanyak maklumat mengenai siri ini. Pada babak terakhir, mereka juga menerangkan kenapa Ghostface memilih tempat sama seperti 10 tahun lalu.

Bagi saya filem ini tidaklah menyeramkan tetapi mungkin pada orang lain ianya seram. Saya juga tidak mendengar penonton lain menjerit atau terkejut sangat semasa menonton. Yang saya dengar hanyalah ketawa daripada penonton lain, kerana jenaka yang diselitkan. Jika dibandingkan dengan filem Halloween Kills, filem ini lebih bagus. Ia bukanlah filem slasher yang terbaik tetapi biasa-biasa sahaja. Jika anda sememangnya peminat Scream, ia sangat berbaloi untuk ditonton.

Jika anda ingin membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Scream

7 Score

PROS

  • Lakonan yang hebat dari barisan pelakon
  • Berjenaka mengenai filem seram lain, tetapi cuba untuk mengelaknya

CONS

  • Pembangunan watak yang biasa
  • Penggunaan efek bunyi yang melampau

Review Breakdown

  • Filem slasher yang agak segar kerana menyentuh kesilapan filem-filem slasher yang lain. 0
Tags: reviewScream
Previous Post

University of Nottingham Malaysia menggunakan NVIDIA DGX A100 untuk memajukan penyelidikan dan pengajaran AI

Next Post

[ Boruto 66 Spoiler ] Naruto mungkin kehilangan anaknya!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[ Boruto 66 Spoiler ] Naruto mungkin kehilangan anaknya!

[ Boruto 66 Spoiler ] Naruto mungkin kehilangan anaknya!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd