Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Perang antara peminat One Piece dan Attack on Titan di IMDb!

Maira by Maira
January 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Perang antara peminat One Piece dan Attack on Titan di IMDb!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam semua komuniti peminat, sudah tentu ada yang akan bergaduh antara satu sama lain. Komuniti anime juga tidak terlepas darinya. Jika tidak bergaduh mengenai waifu terbaik, mesti ada yang bergaduh untuk menyatakan bahawa siri anime yang diminati mereka adalah yang terbaik. Tetapi apabila ia berlanjutan sudah tentu pergaduhan itu menjadi toksik antara dua kumpulan peminat. Yang terbaru ialah perang antara peminat One Piece dan Attack on Titan.

Memandangkan anime musim terakhir Attack on Titan baru sahaja ditayangkan pada awal bulan Januari, nampaknya ramai peminat yang bergesa untuk menontonnya. Akibatnya, beberapa platform penstriman seperti Crunchyroll dan Funimation telah crash selepas episod pertama “Judgement” dilepaskan. Nampaknya, ada seseorang yang tidak begitu gemar dengan populariti siri anime Attack on Titan. Lalu, dia memulakan satu kempen, yang mecetuskan perang antara peminat.

على الرُغم من تخاذل بعض الأفراد، إلّا أن الأعداد لا بأس بها و النتيجة مُرضية جدًا، هذا هو جزاء كل عمل يفكر أنه ينافس ون بيس. pic.twitter.com/imXYO3zCDl

— ‏ونبيسي|هوكينز (@ONEPIECIE1) January 9, 2022

Pengguna Twitter, ONEPIECIE1, yang mengaku sebagai peminat One Piece berkongsi tweet berkenaan episod pertama AOT yang agak kritikal dari segi hubungan antara kedua-dua peminat. Tweet itu dalam bahasa Arab dan berikut terjemahan untuk mesej tersebut:

“Walaupun terdapat kesuaian oleh sesetengah invidu, jumlahnya (tontonan) baik dan hasilnya amat memuaskan. Ini adalah ganjaran untuk setiap anime yang menganggap bahawa ia boleh bersaing dengan One Piece.

Apa yang kami gunakan tidak melebihi 10% daripada kekuatan kami, dan lihat sendiri sejauh mana impak kami, seterusnya juga adalah lebih hebat.”

Tambahan pada kata-kata kasar terhadap francais Attack On Titan ini, pengguna itu juga berkongsi beberapa screenshot yang jelas menunjukkan jumlah yang melebihi penilaian IMDb 1 bintang pada episod pertama AOT Musim 4 Bahagian 2. Dan, ini adalah permulaan pertempuran toksik antara dua anime popular, Attack On Titan Vs One Piece.

Selepas itu, peminat AOT mengambil alih IMDb dan mula memberikan ulasan 1 bintang pada episod terbaru One Piece (1005) yang mendapat rating pengguna 6.1/10 di IMDb. Hampir 43% pengguna mengundi 1 bintang daripada 2,600 undian pada episod ke-1005 One Piece.

Sebagai tindak balas terhadapnya, peminat One Piece juga melakukan perkara yang sama dengan episod terbaru AOT Musim 4 bertajuk ‘Sneak Attack’ dan review bom episod itu dengan penilaian 1 bintang. Walau bagaimanapun, hanya 12% undian negatif daripada jumlah 12,300 undian. JAdi ia tidak memberikan kesan pada penilaian episod tersebut dan kekal pada 9.4/10 pada IMDb.

Ada juga segelintir peminat yang mengatakan bahawa Attack on Titan agak “dark” untuk ditonton oleh orang ramai. Kedua-dua fandom ini saling melemparkan komen negatif, dan antara komen-komen itu, ada juga fandom anime lain seperti Demon Slayer dan Boruto yang menyelit dalam perang tersebut.

Melihat peperangan antara dua fandom ini, rasanya eloklah kita hormati peminat anime yang lain. Tidak peliklah jika mereka gembira dengan episod baru tersebut, sudah lama mereka menanti untuk melihat pengakhiran AOT. Jadi, hormatilah antara satu sama lain. Lagipun, kita semua adalah peminat anime. Anda boleh mempunyai pendapat anda tetapi, anda tidak boleh membenci atau tidak menghormati sebarang rancangan tanpa logik dan fakta. Untuk membaca liputan lain kami mengenai anime, sila klik pautan ini.

Sumber: Anime Galaxy

Tags: Attack on Titanone piecepeminat
Previous Post

World of Warships lancar kruiser Pan-Asia termasuk KD Rahmat dari Malaysia

Next Post

GPU NVIDIA & AMD tersedia secara “mystery box”, harga lebih murah tapi bergantung nasib

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
GPU NVIDIA & AMD tersedia secara “mystery box”, harga lebih murah tapi bergantung nasib

GPU NVIDIA & AMD tersedia secara "mystery box", harga lebih murah tapi bergantung nasib

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd