Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

GPU NVIDIA & AMD tersedia secara “mystery box”, harga lebih murah tapi bergantung nasib

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 20, 2022
in Artikel, Berita, GPU, Hardware, Teknologi
0 0
0
GPU NVIDIA & AMD tersedia secara “mystery box”, harga lebih murah tapi bergantung nasib
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah terfikir tak untuk “gacha” kad grafik NVIDIA GeForce atau AMD Radeon sendiri? Itulah yang sedang dibuat oleh Amazon Jepun di mana sejumlah GPU Nvidia dan AMD kini dijual melalui “mystery box” pada harga sekitar $100 AS (anggaran RM418.54). Semua ini benar dan mystery box ini dikatakan mengandungi pelbagai kad grafik moden dan lama. Malangnya, apa yang korang diperoleh semuanya berdasarkan nasib.

Menurut halaman Amazon, terdapat:

  • Peluang 16% untuk mendapatkan kad grafik siri GeForce 900 atau AMD Radeon RX 300
  • Peluang 8% untuk mendapatkan kad grafik siri GeForce 10 atau Radeon RX 500
  • Peluang 4% untuk mendapatkan kad grafik siri GeForce 20 atau Radeon RX 5000
  • Peluang 2% untuk mendapatkan kad grafik siri GeForce RTX 30 atau Radeon RX 6000.
    • Mystery box ini mengandungi kad grafik setinggi RTX 3090 dan RX 6900 XT*

70% selebihnya terdiri daripada kad grafik lama NVIDIA & AMD yang ramai mungkin akan mengamuk jika dapat. Tentang harga mystery box ini, ia berharga sekitar $100 hingga $125 AS (anggaran RM523.18).

Mystery box ini menjadi sangat popular sehingga ia terus habis stok di Amazon Jepun. Jika ada yang tertanya, msasih tidak diketahui sama ada stok akan diisi semula atau tidak.

Pada masa yang sama, sesiapa yang pernah membeli mystery box GPU ini pun tidak memberikan ulasan mereka jadi saya faham jika ramai yang was-was dan tidak yakin. Saya sendiri pun tidak mengesyorkan korang untuk beli GPU menggunakan cara ini. Nak tukar atau minta refund pun tidak boleh, sebab itu antara syarat yang pembeli terpaksa bersetuju semasa membeli mystery box ini. Andai kata dapat GPU lama, terpaksalah korang mencari cara untuk memanfaatkannya.

Sumber – ITHome

Tags: amdGPUmystery boxnvidia
Previous Post

Perang antara peminat One Piece dan Attack on Titan di IMDb!

Next Post

Pelakon Marvel’s Moon Knight meninggal dunia selepas kemalangan ski

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Pelakon Marvel’s Moon Knight meninggal dunia selepas kemalangan ski

Pelakon Marvel's Moon Knight meninggal dunia selepas kemalangan ski

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd