Predator Helios 500 ialah laptop gaming paling canggih dan paling besar oleh Acer. Dengan berat hampir 4 kg, laptop ini dilengkapi dengan hardware terbaik korang boleh dapat dalam pasaran pada ketika ini, dengan modul penyejukan yang sepatutnya dapat menguruskan apa-apa aktiviti berat. Khas untuk golongan bangsawan, ia memang direka khusus untuk golongan “laptop gamer” paling hardcore. Setelah meluangkan masa hampir seminggu dengan unit review Predator Helios 500 versi 2021,kerja saya di sini adalah untuk berkongsi pendapat bernas tentang laptop ini supaya korang tahu prestasi keseluruhan andai kata ingin beli.
Tanpa melengahkan masa, inilah review saya untuk Predator Helios 500 versi 2021.
Spesifikasi unit review saya:
- Pemproses : Intel® CoreTM i9-11980HK
- Grafik : NVIDIA® GeForce RTX™ 3080 dengan 16 GB GDDR6 VRAM
- Skrin : Paparan 17.3″ IPS, Ultra HD 3840 x 2160, menyokong refresh rate 120Hz dan HDR 1000
- RAM : 64 GB DDR4,(32GB x 2)
- Storan : 2TB, (2 x 1TB RAID0) PCIe NVMe Gen4, SSD 16 Gb/s
- Harga Produk: RM19,999
Reka Bentuk

Dihiasi dengan kemasan “matte”, reka bentuk casis Predator Helios 500 agak serupa dengan model terbaru Predator Helios 300, di mana bahagian penutup mempunyai logo ikonik Predator, dengan dua jalur biru di setiap sisi. Perbezaan antara bentuk Helios 500 dan 300, ialah bahagian belakang lebih tertonjol.
Satu lagi perbezaan ketara ialah terdapat jalur cahaya RGB di sebelah kiri, kanan dan hadapan laptop, yang boleh diubah suai bersama bahagian keyboard. Perghh, sekilas pandang memang ada aura gamer. Bahagian belakang pula mempunyai jalur cahaya, tetapi kecerahannya tidak setinggi yang lain.

Lampu belakang dan logo akan bertukar warna mengikut mode semasa Helios 500. Sebagai contoh, logo dan lampu belakang akan bertukar merah jika korang menghidupkan mode Turbo. Malangnya, warna tersebut tidak boleh diubah.
Cukup tentang RGB, sekarang kita bincang tentang aspek paling menonjol iaitu saiz dan berat. Ketebalan Helios 500 ialah 35.3mm dan beratnya adalah 3.9kg. Ini belum lagi saya tambah dua power brick yang disertakan sekali dengan laptop. Bukan sahaja diakui sebagai salah satu laptop paling berat, ini juga merupakan laptop pertama (setakat apa yang saya tahu) yang memerlukan dua power brick untuk berfungsi pada kapasiti maksimum.
Bagi sambungan I/O, korang pasti puas hati kerana Helios 500 mempunyai 2x USB Type-C (salah satu menyokong USB 3.2 Gen 2, DisplayPort, pengecasan dan Thunderbolt 4), 3x USB Type-A Gen 2 (dua port mampu menyokong power off USB charging), HDMI 2.1, mini-HDMI 1.4 dan audio jack berasingan untuk headset dan mikrofon.
Paparan & Audio

Helios 500 mempunyai paparan 17.3″ panel IPS LED mini UHD 120Hz dan dinilai 100% DCI-P3, HDR1000. Dari apa yang saya lihat, setiap warna sangat cerah, pemandangan/persekitaran tidak kira dalam game atau filem pun cantik, dan pendek kata, semuanya kelihatan menakjubkan.
Bagi audio, Helios 500 mempunyai teknologi DTS X: Ultra yang menyokong Windows Spatial Sound untuk PC. Ia kuat, ia jelas, dan menonton filem dengan fitur ini menjadikan pengalaman saya seolah-olah seperti dalam pawagam.
Keyboard & touchpad

Saya tidak tahu mengapa, tetapi keyboard mempunyai rasa yang agak pelik. Saya lebih terkejut apabila menaip kerana pengalaman saya sebenarnya agak selesa. Butang semuanya lembut tapi masih kekalkan aspek tactile, jarak antara keystroke terasa tepat, dan saya tidak memerlukan masa yang lama untuk membiasakan diri menaip kerana ia luas dan ada banyak ruang untuk bergerak.

Kembali ke topik RGB, banyak sangat yang boleh kita lakukan pada keyboard di PredatorSense, dan terdapat lebih daripada 10 efek pencahayaan berbeza untuk dipilih. Bukan itu sahaja, ada sejenis mode istimewa bernama Interactive dalam PredatorSense dan apabila menghidupkan fitur ini, segala cahaya RGB di keyboard akan sync mengikut audio atau paparan.
Sebagai contoh, efek Digital dalam Interactive akan membuatkan RGB di keyboard bertindak seperti equaliser dalam set DJ. Semakin kuat audio, semakin kuatlah cahaya. Bagi aspek paparan pula, keyboard akan cuba meniru apa yang ditunjukkan di skrin, jadi jika paparan kita separuh hitam dan separuh putih, hanya separuh dari keyboard akan menyala putih.

Touchpad Helios 500 pun mempunyai kesan cahaya di sekeliling, namun, cahayanya tidak boleh diubah. Tentang penggunaannya, tiada apa masalah. Semuanya tepat dan responsif mengikut sentuhan.
Ujian benchmark & prestasi gaming
Unit Helios 500 yang saya terima mempunyai Intel® Core™ i9-11980HK, NVIDIA® GeForce RTXTM 3080 GDDR6 16GB dan RAM 64GB DDR4 3200 MHz, yang merupakan antara kombo paling mengancam untuk gaming.
Menjalankan benchmark PCMark 10, laptop ini mencatat markah 5,766, yang jauh lebih baik daripada kebanyakan laptop produktiviti moden.

Untuk 3DMark pula, ia mencatat markah 11,683 yang juga sangat bagus.

Di laman web rasmi, Helios 500 dipasarkan sebagai desktop berkaliber gaming, dan ini adalah FAKTA, kerana ia dapat menjalankan game AAA pada tetapan tertinggi dalam resolusi 4K asli tanpa sebarang masalah. Berikut adalah hasil ujian saya:
God of War
Game ini baru keluar, jadi mestilah saya cuba! Walaupun God of War menyokong DLSS, saya memilih untuk mematikannya dan bermain pada tetapan Ultra, dengan resolusi 4K asli di mana game ini berjalan secara purata 45-50FPS.
Resident Evil Village
Diuji sekali lagi dalam resolusi 4K asli dan RTX on, game ini masih mampu berjalan secara purata 60-70FPS. Memang lancar habis!
Rainbow Six Extraction
Rainbow Six Extraction pun adalah salah satu game yang baru sahaja keluar. Dalam resolusi 4K Ultra asli, game ini berjalan secara purata 50-60FPS.
Solusi penyejukan

Laptop gaming dan isu kepanasan, dua perkara ini tidak boleh terpisah. Namun jika ada satu aspek yang saya betul-betul harus puji tentang Helios 500 adalah aliran udara dalaman, yang merupakan faktor besar dalam menyejukkan komponen dalaman. Di sini, Helios 500 tidak menghampakan.
Daripada apa yang saya lihat, laptop ini ada 9 ruang udara di sekeliling casis, dan disebabkan itu dan teknologi 5th Gen AeroBlade 3D Fan, suhunya semasa bermain game sentiasa kekal di bawah 80 darjah celsius untuk kedua-dua CPU dan GPU. Menghidupkan mode Turbo akan menyebabkan kipas berputar pada RPM maksimum. Malangnya, bunyinya lebih bising berbanding laptop gaming biasa – itu tidak boleh dielakkan.
Bateri & Bekalan Kuasa

Daripada pengalaman saya, Helios 500 boleh bertahan kira-kira selama 4 jam jika dicas sepenuhnya, dan ini pun tepat menurut carta spesifikasi di laman web. Berdasarkan kelajuan pengecasan, laptop ini menggunakan 2x power brick 330W, yang berjaya dicas sepenuhnya dalam masa kira-kira 1.5 jam.
Mengapa saya tulis “Bekalan Kuasa” di subtajuk? Topik ini memang patut dibincangkan. Kisahnya, Helios 500 mempunyai 2 port pengecasan. Itulah fungsi dua power brick tadi. Cuma ia tidak diberikan sebagai barang ganti, tetapi supaya laptop ini mempunyai kuasa secukupnya untuk beralih ke mode Apex Predator iaitu mode turbo.

Jika anda cuba menghidupkan mode turbo tanpa mengecas atau dengan hanya satu power brick, PredatorSense akan memberitahu bahawa kita perlu mempunyai menyambung kedua-dua power brick. Bersama “bekalan” ini, ia akan membekalkan kuasa yang secukupnya kepada CPU dan GPU untuk berfungsi pada prestasi maksimum, yang membolehkan kami mengalami pengalaman gaming paling mantap di laptop.
PredatorSense

Seperti yang saya sebutkan di atas, korang boleh datang ke PredatorSense untuk mengubah segalanya tentang RGB, menetapkan kelajuan kipas dan pemilihan mode yang sesuai mengikut apa yang hendak dilakukan. Sedikit tips; bahagian paling menarik sebenarnya tersembunyi di bahagian atas kanan aplikasi. Korang akan lihat setting untuk kunci WASD, di mana kita boleh memilih antara Standard Key atau MagForce Key.
Sama seperti namanya, Standard Key hanyalah standard dan tidak mengubah apa-apa. Namun, MagForce Key banyak digunakan untuk game lumba, di mana semakin kuat kita menekan butang W, semakin lajulah kereta kita akan pandu.
Pendapat

Secara keseluruhan, Predator Helios 500 memegang takhta sebagai salah satu pesaing terbesar (dari segi bentuk dan kecanggihan) dalam pasaran laptop gaming. Percayalah Acer apabila mereka kata laptop ini menawarkan pengalaman gaming desktop. Mereka bukan memberi kata-kata sembarangan. Bayangkan betapa payahnya untuk menjalankan game AAA di resolusi 4K di sebuah laptop? Hanya 1% sahaja yang berjaya melakukannya dan ini termasuk Predator Helios 500.
Bukan bentuk sahaja yang “cool”, malah sistem penyejukan pun sentiasa memastikan laptop ini berada dalam suhu yang aman sejuk semasa membuka game pada tetapan maksimum dan hasilnya adalah prestasi dan pengalaman yang lebih selesa dan menyeronokkan. Satu-satunya aduan yang saya ada pun adalah saiznya yang terlalu besar dan tebal, tetapi sudah tentu, reka bentuk inilah yang membentuk kecemerlangan Helios 500.

Bagi sesiapa yang berminat, Predator Helios 500 versi 2022 boleh didapatkan pada harga bermula RM13,999 di kedai dalam talian rasmi dan pengedar sah Acer. Jika korang sanggup melabur, unit review saya boleh didapati pada harga RM19,999. Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila tekan pautan INI.
[wpdatatable id=73]*Review ini dibuat bersama kerjasama Predator*
@gamersantaimy
Discussion about this post