Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Untuk mobile, game RPG shooter Avatar: Reckoning oleh Tencent akan keluar pada 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, Multiplayer, Shooter
0 0
0
Untuk mobile, game RPG shooter Avatar: Reckoning oleh Tencent akan keluar pada 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diumumkan pagi tadi, Disney bekerjasama dengan Tencent, Archosaur Games, dan Lightstorm Entertainment untuk menghasilkan Avatar: Reckoning, sebuah game mobile MMORPG shooter baharu untuk Android dan iOS yang bakal keluar pada tahun 2022.

Introducing AVATAR: Reckoning. Here's a first look at our new MMO mobile shooter from developer Archosaur Games, published by @LevelInfinite. Releasing in 2022! pic.twitter.com/mYNVkRgvHx

— Avatar (@officialavatar) January 13, 2022

Dibangunkan dengan Unreal Engine 4, Avatar: Reckoning membolehkan kita customize Na’vi sendiri (alien biru dalam filem) dan meneroka dunia Pandora yang luas. Sama seperti MMORPG lain, kita perlu meningkatkan level Avatar untuk maju ke kawasan yang lebih sukar, manakala beberapa aspek unik seperti Boss Battle dan PvP memerlukan pemain untuk bekerjasama dengan orang lain. Selain dari watak popular dari filem, game ini juga akan memperkenalkan puak Na’vi baharu.

Menurut siaran akhbar, Reckoning mempunyai “mekanik pertempuran RPG shooter yang unik”, tetapi pihak developer tidak memberi apa-apa maklumat lanjut tentang sistem atau jika ada peranan yang perlu diisi oleh pemain untuk mewujudkan sinergi dalam parti. Buat masa ini, Avatar: Reckoning tidak mempunyai tarikh rasmi yang tepat tetapi sekurang-kurangnya, penerbit global Level Infinite merancang untuk melancarkan game ini menjelang hujung tahun 2022.

Ini hanya satu daripada dua game Avatar yang sedang dalam pembikinan. Satu lagi adalah Avatar: Frontiers of Pandora oleh Massive Entertainment, yang merupakan sebuah first-person action-adventure di dunia semi open-world. Walaupun sudah lama dalam pembangunan, tetapi Ubisoft baru sahaja mempamerkan projek itu buat kali pertama di E3 2021. Game ini akan tersedia secara eksklusif pada konsol generasi baru – PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC Windows.

Itu sahaja info yang saya ada. Sekali lagi saya ulang, Avatar: Reckoning akan datang ke mobile Android dan iOS pada tarikh yang tidak ditentukan pada tahun 2022.

Tags: Avatar: ReckoningMobiletencent
Previous Post

Hitman Trilogy akan dilancarkan pada 20 Januari 2022 di pelbagai platform!

Next Post

One Piece Live Action akan mempunyai 8 episod dan penggambaran bermula tahun ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
One Piece Live Action akan mempunyai 8 episod dan penggambaran bermula tahun ini!

One Piece Live Action akan mempunyai 8 episod dan penggambaran bermula tahun ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd