Pemain pro Street Fighter “Robinho” telah diharamkan dan dibuang dari Capcom Pro Tour selepas mengaku “pernah rogol bekas teman wanitanya” di siaran langsung. Menurut Robinho, wanita itu dipaksa melakukan hubungan seks dengan lapan lelaki berbeza di bawah pengaruh mabuk.
/i.s3.glbimg.com/v1/AUTH_bc8228b6673f488aa253bbcb03c80ec5/internal_photos/bs/2022/B/Z/a0o6PBTbACuB0qnfAJ1A/robinho-fgc-acusado-estupro.jpg)
Dalam video yang diterjemahkan oleh pengguna Twitter@Cruz, Robinho bercerita bagaimana dia merogol bekas teman wanitanya semasa membuat siaran langsung di Twitch. Jenayah ini berlaku beberapa tahun lalu (tidak pasti bila) apabila seorang ahli keluarga berkongsi video kepada Robinho yang menunjukkan teman wanitanya (pada ketika itu) dalam hubungan seksual dengan lelaki lain. Ini mendorong Robinho untuk membalas dendam.
“Saya menjemputnya pada hujung minggu. Kami keluar, kami betul-betul mabuk. Saya membawanya ke sebuah rumah.”
Sebaik sahaja masuk dalam rumah, Robinho memanggil “lapan lelaki,” dan selebihnya anda boleh faham apa berlaku.
Halam Twitch Robinho juga telah dipadamkan, tetapi tidak jelas sama ada ia dibuang oleh Twitch kerana melanggar undang-undang atau supaya orang ramai tidak dapat mencari sumber video.
Walaupun Capcom tidak memberi pernyataan rasmi, Robinho telah dipadamkan sepenuhnya daripada laman web Pro Tour bersama posting media sosial yang berkaitan dengan kemenangannya. Namun, video YouTube yang menunjukkan pusingan kelayakan masih boleh ditonton.
Menurut Cruz, Robinho juga telah dilarang daripada menyertai majoriti kejohanan di Brazil (negara asal) manakala hadiah daripada kemenangan terbarunya telah diserahkan kepada naib juara. Dia juga telah dibuang daripada organisasi eSukan, Patoz Team.
Sebelum kes rogol ini tertular, Robinho sepatutnya bersaing di Capcom Cup VIII bersama 27 pemain Street Fighter V terbaik dari seluruh dunia. Tetapi saya gembira pihak yang bertanggungjawab bertindak dalam cara yang pantas untuk menegakkan keadilan.
Sumber – GamerBraves

@gamersantaimy
Discussion about this post