Pada dua hari lepas, kami melaporkan bahawa MSI sedang mengusahakan produk yang diinspirasikan oleh anime Neon Genesis Evangelion dan akhirnya, mereka telah mempamerkan barisan komponen PC yang mengadaptasikan penampilan ikonik EVA-01 dengan skema warna ungu dan hijau.

MSI menerangkan projek ini seperti berikut:
MSI teruja untuk bekerjasama dengan EVANGELION e: PROJECT untuk mengumumkan kerjasama bagi motherboard, liquid cooler, power supply, dan PC case. EVANGELION e: PROJECT ialah jenama e-sukan yang menggabungkan dunia EVANGELION. Reka bentuk ini menggunakan rupa Evangelion Unit-01, dengan skema warna ungu dan hijau ikoniknya yang layak membantu pengguna DIY membina sistem gaming ikonik inspirasi Evangelion mereka sendiri.

Pertama sekali dalam koleksi ialah MAG B660 Tomahawk EVA e: Project, iaitu motherboard MSI B660 yang boleh digunakan dengan CPU Intel 12th Gen Alder Lake. B660 menyokong RAM DDR5 sehingga 6200Mhz, bersama dengan slot PCIe 4.0, sokongan Gen 4 M.2, port USB 3.2 Gen 2, LAN 2.5G dan WiFi 6E.
Pengurusan kuasa dijaga oleh 12+1+1 Duet Rail Power System, dan menurut MSI, ini adalah satu-satunya motherboard Tomahawk yang menyokong RAM DDR5. Jika anda mempunyai RAM terkini, memang ini adalah pilihan terbaik.

Seterusnya ialah casing ATX Gungnir 110R EVA e: Project, yang menampilkan kaca tempered untuk panel hadapan dan sisi. Ia dilengkapi dengan empat kipas ARGB dan pilihan I/O di bahagian hadapan termasuk port USB-C, dua port USB-A 3.2 Gen 1 dan port Mic In/Audio Out. Casing ATX ini boleh menyokong tiga kipas 120mm di hadapan, satu kipas di belakang, dan dua kipas tambahan di atas serta menyokong radiator 120mm hingga 360mm. Ia juga mempunyai dua slot SSD 2.5 inci dan hard drive mount 3.5 inci.

Seterusnya adalah cooler MAG Coreliquid C240 EVA e: Project yang menyokong kedua-dua soket AM4 dan LGA1700, serta dilengkapi dengan dua kipas ARGB 120mm. Blok air tengah menampilkan RGB, manakala cable sleeve disediakan untuk tujuan pengurusan kabel.

Mengakhiri koleksi ini ialah A650BN EVA e: Project power supply, iaitu PSU 650w dengan kecekapan kuasa hingga 85% dan berukuran 150mm panjang.
Kesemua komponen PC di atas datang daripada kerjasama MSI x Evangelion dan akan tersedia tidak lama lagi lagi di Amerika Syarikat, tetapi tidak ada maklumat sama ada MSI akan menjual komponen ini di Malaysia.
Sumber – PRTimes, TomsHardware
@gamersantaimy
Discussion about this post