Tidak mahu kalah dengan ASUS x Gundam, MSI turut memperkenalkan barisan PC gaming anime “E: Project” baru yang diilhamkan oleh Neon-Genesis Evangelion.
Nampaknya MSI turut diilhamkan oleh budaya pop berasaskan anime untuk komponen komputer dan persisian mereka dan jika tepat apa yang saya sangka, mereka mungkin akan melancarkan barisan PC gaming berdasarkan konsep seni EVA-01 dari anime Neon-Genesis Evangelion. Dimuat naik di Twitter, MSI telah mempamerkan teaser berdurasi 4 saat yang menunjukkan sebahagian daripada produk tersebut.
Saya sendiri tidak pasti jika ia adalah sebuah PC gaming atau jika setiap perkakasan dijual secara berasingan. Beberapa komen di Twitter kata kemungkinan besar adalah PSU, GPU, dan mungkin RAM.
Walaupun tidak tahu apakah produk itu, ternyata MSI sangat sesuai dengan reka bentuk Evangelion dengan memaparkan warna ungu dan hijau ikonik yang diambil daripada unit EVA-01. Lebih ditujukan untuk peminat anime, saya rasa masih ada ramai orang yang sanggup membelanjakan wang untuk mendapatkan barangan edisi terhad ini. Sama seperti ROG x Gundam, tidak mustahil MSI x Evangelion tidak popular.

Kembali ke topik Evangelion E:PROJECT, ini adalah barisan produk esport bertemakan Evangelion oleh Jammy. Menurut sumber, mereka merancang untuk menghasilkan barangan profesional dan berprestasi tinggi untuk memberikan gamer kelebihan dari aspek daya saing, dan menyumbang serta mengembangkan senario e-sukan melalui jenama Evangelion.
Malangnya, masih banyak yang saya tidak tahu dan bila ia akan dilancarkan ke pasaran. Harap-harap lebih banyak maklumat akan didedahkan dalam masa terdekat.

Bagi versi anime pula – selepas tayangan Evangelion 3.0 + 1.0: Thrice Upon A Time, masa depan francais tidak disahkan. Tetapi pencipta Hideaki Anno baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat banyak lagi kisah yang belum diceritakan terutamanya di alam semesta NERV. Disebabkan Anno sedang mengerjakan filem Shin Ultraman dan Shin Kamen Rider akan datang, mungkin lambat lagi sebelum kita dapat melihat kelibat Shinji dan kawan-kawan.
@gamersantaimy
Discussion about this post