Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Solo Leveling mungkin dalam pembikinan, akan keluarkan OST bulan depan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Solo Leveling mungkin dalam pembikinan, akan keluarkan OST bulan depan!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang anda semua tahu, manhwa popular Solo Leveling telah berakhir pada beberapa hari lepas tetapi ramai peminat tertanya-tanya sama ada siri ini akan mendapat adaptasi anime. Menurut khabar angin, anime Solo Leveling mungkin dalam pembikinan, dan akan keluarkan OST pada seawal bulan depan!

나 혼자만 레벨업 x 더보이즈
Solo Leveling x THE BOYZ

💿 2022.02 OST 발매 💿
🔥 전설은… 계속된다 🔥

웹툰 링크👉 https://t.co/BPnOZELFlJ#나혼자만레벨업 #나혼렙 #SoloLeveling #OST #ECHO#더보이즈 #THEBOYZ #TBZ #나혼렙OST#장성락 #레드아이스스튜디오 #추공 #현군 #디앤씨웹툰비즈 pic.twitter.com/Vd8K2feA5N

— 디앤씨웹툰 (@dncwebtoon3) December 29, 2021

Berita ini datang dari D&C Webtoon (penerbit Solo Leveling) di mana mereka berkongsi sebuah OST istimewa di Twitter. Diberi nama Echo, lagu ini dipersembahkan oleh kumpulan K-Pop terkenal, The Boyz. Dikatakan akan mengandungi MV, lagu ini akan dikeluarkan pada Februari 2022. Malangnya, tarikh keluaran ini hanya untuk MV sahaja.

Walau bagaimanapun di Weibo, seorang pembocor maklumat yang sangat dipercayai mengesahkan bahawa Solo Leveling akan mengumumkan adpatasi anime dalam beberapa minggu akan datang. Ramai pengguna Twitter seperti SPY (dia mempunyai sejarah menyediakan maklumat bocor tetapi tepat tentang anime) juga mendakwa maklumat ini benar.

Image

Jika khabar angin itu ternyata betul, kemungkinan besar Studio Mir akan bertanggungjawab ke atas adaptasi animasi Solo Leveling. Berpangkalan di Korea Selatan, studio ini terkenal kerana menguruskan siri animasi popular seperti The Legends of Korra dan Dota: Dragon’s Blood.

Kebanyakan peminat pula mahukan Solo Leveling dianimasikan sama ada oleh Ufotable atau MAPPA tetapi kerana unsur anti-Jepun dalam jalan cerita (watak Jepun digambarkan dalam perspektif negatif), itu memang mustahil untuk berlaku.

Solo Leveling: I level up alone Chapter 103 Spoilers, Release | Solo, Level  up, Chapter

Manhwa Solo Leveling berakhir secara rasmi pada bab 179. Sempena itu, pelukis Jang-Sung-Rak aka Dubu telah menulis mesej penuh emosi untuk peminat dan kakitangan yang membantunya dalam perjalanan ini. Anda boleh baca mesej tersebut di bawah:

Thank you so much for loving and supporting the webtoon <Solo Leveling> for a long time.

The webtoon <Solo Leveling> was completed with 179 episodes on Thursday, December 30, 2021. pic.twitter.com/3ZgB8lAgx6

— 단이 ■■ (@dgyeonzio) December 29, 2021

Memandangkan game dan drama aksi langsung Solo Leveling sedang dalam produksi, tak masuk akal lah kalau mereka tidak buat anime sekali, kan? Semoga “mimpi” ini menjadi kenyataan. Untuk segala liputan kami tentang Solo Leveling, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemanhwaSolo Leveling
Previous Post

Manga cetak rompak meningkat secara mendadak pada tahun 2021, kerugian hampir RM 28 bilion!

Next Post

Pencipta Genshin Impact ingin membangunkan dunia maya seperti Sword Art Online!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pencipta Genshin Impact ingin membangunkan dunia maya seperti Sword Art Online!

Pencipta Genshin Impact ingin membangunkan dunia maya seperti Sword Art Online!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd