Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Manga cetak rompak meningkat secara mendadak pada tahun 2021, kerugian hampir RM 28 bilion!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Manga cetak rompak meningkat secara mendadak pada tahun 2021, kerugian hampir RM 28 bilion!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak kebelakangan ini, industri manga telah mengalami banyak perubahan besar kerana pandemik di mana semakin ramai orang dari seluruh dunia mula menyukai medium tersebut. Malangnya, peningkatan populariti ini juga membuatkan manga cetak rompak meningkat secara mendadak pada tahun 2021 sehingga mengalami kerugian hampir RM 28 bilion.

Complete Guide to Anime and Manga Terms | Domestika

Menurut laporan daripada organisasi Authorized Books of Japan (ABJ), organisasi itu memantau penjualan manga secara sah dan tidak sah. ABJ mempunyai senarai laman web cetak rompak yang sentiasa menjejaki statistik, dan ternyata jumlah pengguna kolektif yang melawat laman web cetak rompak telah banyak meningkat pada tahun lepas.

Pada Januari 2020, ABJ menyatakan bahawa tiga laman web teratas membawa masuk 12.5 juta pengguna. Tetapi menjelang Oktober 2021, jumlah ini telah meningkat kepada 326 juta. Jelas sekali, ini adalah peningkatan yang teramat besar, dan ABJ menganggarkan kerugian yang dilakukan oleh lanun-lanun tersebut berjumlah berbilion-bilion USD.

5 Best Manga and Anime like Naruto - Japan Web Magazine

Malah, ABJ mengatakan bahawa kerugian adalah 4x lebih teruk berbanding pada 2020 dan menganggarkan kerugian sebanyak $6.7 bilion (anggaran RM 27.9 bilion) dari Januari hingga Oktober 2021.

Dari situ kita boleh lihat yang manga cetak rompak semakin berkembang maju. Walaupun populariti semakin meningkat, isu seperti perlesenan dan ketersediaan masih menjadi masalah dan menjadi antara sebab utama kenapa ramai lebih suka membaca manga secara haram. Oleh itu, beberapa syarikat penerbit terkenal dari Jepun seperti Shueisha telah memulakan operasi untuk menghentikan usaha laman web cetak rompak di dalam dan luar negara.

Apakah pendapat anda tentang kes manga cetak rompak pada tahun 2021? Apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh industri manga untuk menangani isu ini? Jom kongsikan pendapat bersama saya di ruang komen!

Sumber – Kotaku

Tags: 2021animeCetak rompakmanga
Previous Post

Kerana Genshin Impact, seorang bapa menanggung hutang kad kredit lebih RM 60K!

Next Post

Anime Solo Leveling mungkin dalam pembikinan, akan keluarkan OST bulan depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Anime Solo Leveling mungkin dalam pembikinan, akan keluarkan OST bulan depan!

Anime Solo Leveling mungkin dalam pembikinan, akan keluarkan OST bulan depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd