Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

6 platform LIVE STREAM unik yang anda boleh guna selain daripada FB, Youtube & Twitch!

Boleh cuba kalau rasa ingin ceburi environment lain.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 23, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Mobile, PC, Streamer/influencer
0 0
0
6 platform LIVE STREAM unik yang anda boleh guna selain daripada FB, Youtube & Twitch!
Share on FacebookShare on Twitter

Pelantar “live stream” sebenarnya telah berkembang kepada industri yang sangat besar pada tahun 2020. Gamers kini boleh mencari apa-apa saja di atas talian dengan kandungan gaming yang unik dan bervariasi. Ini telah menarik minat orang ramai ke arah platform “gamer sosial media” dengan berjuta-juta orang menonton content gaming.

Sumber – Stream Elements

Terdapat beberapa pelantar live stream yang berdominasi di pasaran, seperti Twitch, Facebook, dan Youtube, namun pendatang baru juga ingin mencipta nama sendiri. Di sini, saya ingin menyenaraikan LAPAN platform live stream unik yang anda boleh cuba. Tiada FB, tiada Twitch, tiada Youtube.. Mungkin ada yang kamu baru tahu, mungkin ada yang sesuai dengan gaya anda. Mari kita bermula!

InstaGib TV

Aplikasi ini tidak memerlukan installation khusus dan gamers sekalian boleh merakam video pada kualiti premium dan menyiarkannya di platform pilihan. InstaGib mengehadkan pengguna menonton isi kandungan selepas bandwidth dicapai. Pengguna yang berminat boleh mengatasi masalah ini dengan menaik taraf akaun mereka kepada VIP. Platform ini mudah untuk digunakan bagi streamer yang ingin membina nama tetapi syarat VIP ini mungkin akan mengurangkan kadar penonton berbanding meningkatkan jumlah.

Mixer

Unik dan menarik berbanding platform lain, Mixer membolehkan streamer untuk bergaul dan bermain dengan pencipta content lain di channel mereka. Aplikasi ini menyediakan mekanik co-streaming di mana maksimum empat streamer boleh live stream video mereka dalam satu masa. Mixer telah menjadi platform yang popular di gamers selepas kemunculan Ninja dan ia dijangka akan berkembang menjadi antara pelantar live stream utama pada tahun 2020.

Smashcast

Platform ini mempunyai semua perkara yang diperlukan oleh seorang streamer. Video yang disiarkan secara langsung pula boleh dikategorikan ke Public, Private dan Adult. Perkara ini bagus kerana memberi pilihan yang luas kepada pengguna menentukan video yang mereka ingin lihat. Secara beransur-ansur, Smashcast sedang berkembang popular dalam kategori e-sukan di kalangan gamers dan penonton. Kandungan yang dihasilkan di Smashcast juga sangat baik dan teratur.

BigoLive

Keistimewaan BigoLive TV adalah ia bantu membina hubungan antara streamer dan penonton. BigoLive membolehkan streamer berinteraksi dengan komuniti secara lebih mendalam hasil bantuan video call, voice call, dan sebagainya. Aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store dan membantu streamer mendapat kadar penonton yang sesuai. Jika streamer sudah selesa, mereka akan belajar bahawa BigoLive mempunyai pelbagai ciri-ciri istimewa untuk live stream, dan bukan untuk usya awek sahaja.

Gosu Gamers

Ini adalah aplikasi paling sesuai untuk streamer yang ingin mulakan kerjaya e-sukan mereka. Streamer Gosu memang terkenal kerana mempunyai komuniti yang ramah kepada streamer baru dan menawarkan kemudahan yang baik kepada pemain untuk berinteraksi di dalam komuniti agar channel mereka boleh membangun. Satu peringatan sahaja, Gosu Gamers lebih tertumpu kepada bidang e-sukan, jadi jika anda ialah seorang casual gamer, ini bukan aplikasi terbaik untuk anda.

Dlive

Aplikasi ini ingin memudahkan streamer yang baru ingin bermula. Pada masa yang sama, streamer baru boleh dapatkan ganjaran semasa bersiaran langsung. Dlive menjadi semakin popular selepas orang ramai melihat Youtube sensasi Pewdiepie bersiaran langsung menggunakan aplikasi ini. Pewdiepie kemudian bekerjasama dengan Dlive untuk menyokong para pencipta lain dan mengumpul dana untuk mereka. Bagi mereka yang bersifat casual, aplikasi ini menyokong kreativiti dalam kandungan dan sangat menjimatkan masa semasa menghasilkan content. Sesuailah dengan gaya anda!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: aplikasiE-SukanGameLive Stream
Previous Post

Digimon Kitchen Car dibuka semula sempena filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna!

Next Post

KonoSuba: God’s Blessing on this Wonderful World! Anime penuh dengan dunia fantasi akan datang 5 Mac ini di GSC Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
KonoSuba: God’s Blessing on this Wonderful World! Anime penuh dengan dunia fantasi akan datang 5 Mac ini di GSC Malaysia!

KonoSuba: God's Blessing on this Wonderful World! Anime penuh dengan dunia fantasi akan datang 5 Mac ini di GSC Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd