Laman web rasmi untuk filem animasi 3DCG Ryōma! The Prince of Tennis Movie, telah menayangkan tiga minit pertama filem itu semalam. Melalui video tersebut, kita dapat melihat muzik pembukaan dan tarian dalam filem itu.
Filem ini dibuka di Jepun pada 3 September, dan memperoleh 185 juta yen sekitar RM 7.08 juta. Ia dimainkan di pawagam dalam dua versi, di mana beberapa adegan berbeza dalam setiap versi untuk menggerakkan cerita pada dua trek selari. Versi “Decide” berfokus pada kapten pasukan Seigaku, Kunimitsu Tezuka dan kapten pasukan Rikkai, Seiichi Yukimura, sementara versi “Glory” memfokuskan pada kapten pasukan Hyōtei, Keigo Atobe dan kapten pasukan Shitenhōji, Kuranosuke Shiraishi.

Kisah filem ini dimulakan dengan watak utama, Ryoma yang tiba di Amerika Syarikat, dan mendapati Sakuno Ryūzaki didatangi oleh “geng tenis.” Ryōma memukul bola tenis ke arah mereka untuk menolong Sakuno, tetapi akhirnya bola yang dipukulnya terkena pada seorang lelaki berkerusi roda yang misteri. Pada saat itu, Ryōma dan Sakuno entah bagaimana kembali ke masa ketika ayah Ryōma, Nanjiro masih bermain di Amerika yang dikenali sebagai “Samurai Nanjiro.”
Pencipta manga asal, Takeshi Konomi telah mengawasi filem ini. Filem Ryōma! Rebirth: The Prince of Tennis Movie telah dijadualkan pada musim bunga 2020 tetapi telah ditangguhkan penyiarannya hingga 2021. Filem ini menampilkan kisah asal yang berlaku dalam jangka masa tiga bulan antara peristiwa di akhir manga The Prince of Tennis dan permulaan manga The New Prince of Tennis.
Berikut adalah staf yang terlibat dalam pembikinan filem: Ryōma! Rebirth: The Prince of Tennis Movie:
- Hiroshi Koujina (2011 Hunter × Hunter, Kiba) mengarahkan anime di The Monk Studios dan Keica dengan kerjasama oleh Studio KAI. GAGA merupakan pengedar filem itu
- Takehiko Hata (Lupin III: Goodbye Partner) sebagai penulis skrip
- Patricia Hishikawa adalah penyelia CG
- Kei Yoshimizu adalah pengarah animasi
- Momoko Yamada adalah pengarah CG
- Takeshi Takadera adalah pengarah suara
- Kei Tsuda adalah composer muzik. Mangaka Takeshi Konomi sendiri menulis semua insert song untuk filem itu, termasuk lirik untuk lagu-lagu rap.
Sumber: AnimeNewsNetwork
@gamersantaimy
Discussion about this post