Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero Catat Untung Hampir $24 Juta Dalam 5 Hari Pertama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 11, 2024
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5
0 0
0
Zenless Zone Zero Catat Untung Hampir $24 Juta Dalam 5 Hari Pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran yang sukses, game aksi RPG gacha terbaru oleh HoYoverse, Zenless Zone Zero berjaya memperoleh hasil untung hampir $24 juta (anggaran RM112 juta) selepas mencapai 50 juta muat turun secara rasmi hanya beberapa hari selepas pelancaran.

Kredit: HoYoverse

Menurut data jualan awal daripada AppMagic (rakan media kami Gamer Braves), Zenless Zone Zero, telah mencapai hasil keuntungan kira-kira $23.5 juta dalam hanya lima hari selepas pelancaran.

Data yang ditunjukkan mengambil kira hasil untung daripada App Store Apple dan Google Play Store, tetapi tidak termasuk mana-mana hasil untung Zenless Zone Zero daripada platform PC atau PS5 – jadi jumlahnya mungkin lebih banyak daripada yang disangkakan.

Kredit: GamerBraves
Kredit: GamerBraves

Hasil $23.5 juta yang dijana Zenless Zone Zero menunjukkan bahawa 51% datang dari China, diikuti oleh Jepun dengan 25%, dan Amerika Syarikat di tempat ketiga selepas menyumbang 8%. Tidak kira untuk mana-mana game, China memang sentiasa menjadi raja gacha dan Zenless Zone Zero tidak terkecuali.

Walaupun mencatat rekod baharu daripada segi jumlah prapendaftaran dan muat turun awal, Zenless Zone Zero hanya memperoleh hanya $24 juta dalam lima hari pertama. Nilai ini sebenarnya agak ketinggalan berbanding game buatan lain oleh HoyoVerse seperti Genshin Impact dan Honkai: Star Rail – yang menjana hasil untung lebih tinggi semasa tempoh pelancaran masing-masing.

Kredit: HoYoverse

Dalam satu kenyataan, pasukan Zenless Zone Zero gembira dengan kejayaan awal game ini tetapi nampaknya dahagakan lebih banyak lagi.

Berikut ialah mesej rasmi:

“Sudah tentu, untuk memenuhi jangkaan semua orang dan benar-benar menjadi bandar penuh keajaiban, kami sedar bahawa masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan. Kami menggalakkan semua Proxy untuk memberikan maklum balas dan cadangan melalui halaman rasmi kami.”

Bagi mereka yang berminat, Zenless Zone Zero kini tersedia untuk muat turun melalui PC, Android, iOS dan PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Nintendo Umum Game Seram Dewasa – “Emio”

Next Post

Previu Awal FragPunk – 5v5 Shooter Radikal Dengan Sistem Kad!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Previu Awal FragPunk – 5v5 Shooter Radikal Dengan Sistem Kad!

Previu Awal FragPunk - 5v5 Shooter Radikal Dengan Sistem Kad!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd