Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero 2.0: Produser Zhenyu Li Menjelaskan Evolusi Musim 2 & Pembaharuan Akan Datang

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 6, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, Gacha, iOS, Mobile, PC, PS5, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Zenless Zone Zero 2.0: Produser Zhenyu Li Menjelaskan Evolusi Musim 2 & Pembaharuan Akan Datang
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Zenless Zone Zero meraikan ulang tahun pertamanya dengan pelancaran Versi 2.0 bertajuk “Where Clouds Embrace the Dawn“, menandakan permulaan Season 2 yang sarat dengan kandungan menarik.

Update besar ini memperkenalkan Waifei Peninsula, kawasan baharu di New Eridu, serta tiga watak baharu dari puak Yunkui Summit: Yixuan (S-Rank Auric Ink Rupture), Ju Fufu (S-Rank Fire Stun), dan Pan Yinhu (A-Rank Physical Defense).

Pemain juga boleh menantikan bab cerita baharu, penerokaan Hollow yang dipertingkatkan, dan ciri gameplay yang lebih segar, termasuk kelakuan musuh yang lebih dinamik seperti Miasmic Field.

Bagi mendalami lebih lanjut tentang update besar ini dan menjawab persoalan-persoalan utama dari komuniti pemain, kami berpeluang menemubual Produser Zhenyu Li.

Dari isu ‘stat inflation’ (inflasi statistik) hinggalah petunjuk tentang kemungkinan mod multiplayer pada masa akan datang, Li berkongsi visi pasukan pembangunan untuk masa depan Zenless Zone Zero. Berikut adalah isi temu ramahnya.

Mengimbangi Gameplay: Menangani Masalah Inflasi Statistik

Produser Li tidak mengambil ringan kebimbangan komuniti tentang inflasi statistik, dan menegaskan bahawa pasukannya komited untuk memastikan semua watak kekal berguna dan relevan dalam jangka masa panjang. “Dengan setiap update, Zenless Zone Zero terus memperkenalkan sistem gameplay baharu dan watak-watak segar.

Sepanjang proses ini, memastikan keserasian antara mekanik baharu dengan watak baharu dan sedia ada sentiasa menjadi salah satu keutamaan utama kami,” katanya.

Kredit: HoYoverse

Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan game sebagai perkhidmatan langsung memberi kelebihan dari segi penyesuaian dan penambahbaikan secara berterusan. “Nasib baik, Zenless Zone Zero direka sebagai tajuk perkhidmatan langsung jangka panjang.

Ini memberi kami fleksibiliti untuk memantau maklum balas pemain selepas setiap keluaran baharu dan membuat pelarasan yang disasarkan berdasarkan prinsip reka bentuk teras game,” jelas Li.

Kredit: HoYoverse

Sebagai contoh, dia merujuk kepada perubahan dalam update terbaru: “Itulah sebabnya kami membuat pelarasan kepada prestasi combat Ellen dalam Versi 2.0—untuk lebih selari dengan keperluan gameplay yang berkembang dan jangkaan pemain.”

Meluaskan Kandungan Multiplayer: Masa Depan Co-op dan PvP

Kredit: HoYoverse

Mod multiplayer merupakan antara permintaan paling kerap daripada komuniti Zenless Zone Zero, dan Li mengesahkan bahawa pasukannya sedang meneliti potensi untuk mengembangkan aspek ini.

“Pasukan Zenless Zone Zero sentiasa aktif meneroka cara untuk memperkaya pengalaman gameplay dan menawarkan pemain pelbagai kandungan. Mod co-op dan PvP adalah dua arah yang kami berminat untuk usahakan,” katanya.

Kredit: HoYoverse

Pasukan telah mula menguji melalui acara seperti “Bangboo Bash,” yang menurut Li “menerima maklum balas positif daripada pemain.”

Menyentuh tentang perancangan masa hadapan, dia memberi bayangan akan adanya ciri multiplayer yang lebih menyeluruh: “Kami merancang untuk memperkenalkan lebih banyak ciri berfokus pada multiplayer ke dalam game untuk menyediakan pengalaman combat dan reka bentuk gameplay yang pelbagai.”

Namun begitu, dia menegaskan bahawa keutamaan tetap diberikan kepada kualiti.

“Sudah tentu, kami mahu memastikan bahawa sebarang sistem baharu benar-benar meningkatkan pengalaman pemain, jadi ciri-ciri tersebut hanya akan dilancarkan setelah ia digilap dan disempurnakan sepenuhnya. Kami harap pemain dapat menantikannya dengan sedikit kesabaran,” tambahnya.

Kemahiran Sinergi Pasukan: Menambah Baik Dinamik Pertempuran

Kredit: HoYoverse

Dengan kehadiran puak Yunkui Summit, ramai pemain teruja untuk mencuba lebih banyak gabungan strategi melalui formasi pasukan.

Li mengesahkan bahawa aspek ini memang sedang diberi perhatian oleh pasukannya. “Team Synergy Skill sememangnya salah satu arah yang kami pertimbangkan untuk reka bentuk combat masa depan,” katanya.

“Berdasarkan ciri gameplay unik setiap Agent, kami tidak sabar untuk meneroka lebih banyak kemungkinan dan mekanik yang boleh memperkaya koordinasi pasukan dan memberikan pengalaman pertempuran yang lebih dinamik.”

Kredit: HoYoverse

Jika direalisasikan, ciri ini berpotensi membuka peluang strategik yang lebih mendalam, membolehkan pemain mencipta kombinasi sinergi yang lebih hebat — contohnya melalui gandingan watak seperti Yixuan, Ju Fufu, dan Pan Yinhu.

Lebih Banyak Kisah Asal-Usul Watak Sedang Diusahakan

Bagi peminat yang ingin mengenali Agent kegemaran mereka dengan lebih mendalam, ada berita baik. “Seiring kami terus memperkenalkan lebih banyak Agent, kami sedang aktif meneroka cara yang lebih baik untuk mempersembahkan latar belakang mereka,” kata Li.

“Kami berharap dapat memberikan wawasan yang lebih mendalam tentang dunia setiap watak.”

Walaupun beliau tidak berkongsi butiran lanjut buat masa ini, Li memberi bayangan agar pemain terus menaruh harapan. “Mengenai format dan masa pelancaran tertentu, kami meminta pemain untuk terus menantikan dan bersabar.”

Menyambut Pemain Lama: Proses Masuk Lebih Mesra

Li memberi jaminan bahawa Versi 2.0 direka khas untuk mengalu-alukan pemain lama kembali ke dunia Zenless Zone Zero.

“Sama ada anda seorang Proxy veteran yang telah bersama Zenless Zone Zero sejak awal, atau pendatang baru yang baru melangkah ke New Eridu, kami mahu semua orang menikmati musim baharu tanpa tekanan,” katanya.

🎁Version 2.0 Benefits Express

Zenless Zone Zero Version 2.0 launches on June 6!
Log in to claim a standard S-Rank Agent, standard S-Rank W-Engine, and Polychrome ×1,600! Plus, get Encrypted Master Tape ×20, and an anniversary profile picture and title for free!
Pre-register for… pic.twitter.com/Yd6lkLYxHF

— Zenless Zone Zero 🔜 Season 2 (@ZZZ_EN) May 31, 2025

Untuk memastikan pengalaman kembali lebih lancar dan menyeronokkan, kemas kini kali ini hadir dengan ganjaran istimewa: “Dalam Versi 2.0, kami telah menyediakan ‘Waifei Peninsula Starting Gifts’ untuk semua pemain. Apabila log masuk, pemain boleh menuntut S-Rank Agent kekal, S-Rank W-Engine kekal, dan 1,600 Polychrome secara percuma. Ini menurunkan halangan masuk dengan ketara dan membolehkan pemain terus terjun ke dalam aksi.”

Kredit: HoYoverse

Bagi pemain yang kembali selepas lama berehat, sistem kemasukan turut menerima pembaharuan. “Kami telah mengemas kini acara ‘Return to Ridu’ untuk membantu pemain yang kembali meneruskan game dengan lancar dari tempat mereka berhenti,” jelas Li.

“Kami juga telah menambah fungsi langkau cerita utama—selepas menyiapkan Interlude Chapter 2, pemain boleh segera membuka kandungan cerita utama Versi 2.0. Ini membolehkan anda memperoleh pakaian baharu untuk adik-beradik Proxy dan cepat menyesuaikan diri dengan perkembangan gameplay dan cerita terkini.”


Dengan pelancaran Versi 2.0, Zenless Zone Zero melangkah ke fasa baharu—menawarkan kandungan segar sambil terus mendengar maklum balas pemain.

Pandangan yang dikongsi oleh Produser Zhenyu Li membayangkan masa depan yang penuh potensi, termasuk ciri multiplayer, sistem sinergi pasukan, dan penceritaan watak yang lebih luas. Ketika Zenless Zone Zero memulakan tahun keduanya, satu perkara jelas: pengembaraan di dalam Hollow masih jauh dari berakhir.

Zenless Zone Zero 2.0 tersedia sekarang di PC (Epic Games Store, HoYoPlay), PlayStation 5, iOS, Android, dan Xbox Series X/S. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi.

Kami juga sediakan panduan bermain bagi versi ini, sila tekan mana-mana pautan di bawah:

  • Panduan Dapatkan Polychrome Maksimum
  • Agent, Bangboo, W-Engine & Drive Disc Baru Untuk Update 2.0
  • Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?
  • Panduan Lengkap untuk Yixuan
  • Panduan Lengkap Untuk Pan Yinhu
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Next Post

Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Lengkap Untuk Pan Yinhu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Zenless Zone Zero 2.0 – Panduan Lengkap Untuk Pan Yinhu

Zenless Zone Zero 2.0 - Panduan Lengkap Untuk Pan Yinhu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd