Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yu-Gi-Oh! Rush Duel: Saikyou Battle Royale!! akan keluar 12 Ogos! Visual dan maklumat baru diumumkan

Amir Haziq by Amir Haziq
April 22, 2021
in Genre, Nintendo Switch, Platform
0 0
0
Yu-Gi-Oh! Rush Duel: Saikyou Battle Royale!! akan keluar 12 Ogos! Visual dan maklumat baru diumumkan
Share on FacebookShare on Twitter

Bila sebut pasal Yu-Gi-Oh!, mesti anda akan teringat siri anime-nya yang sangat hebat kerana pertarungan kad raksasa yang muncul di arena. Penerbit francais Yu-Gi-Oh!, Konami telah mendedahkan bahawa permainan Yu-Gi-Oh! Rush Duel: Saikyou Battle Royale!! sedang dalam pembangunan untuk Nintendo Switch dan akan dilancarkan pada 12 Ogos 2021.

Konami telah membuka pra-pesanan bermula 22 April. Bagi mereka yang membuat pra-pesanan, akan mendapat kad amiibo, dan tiga kad fizikal eksklusif. Baru-baru ini juga, mereka telah melancarkan maklumat dan screenshot untuk Yu-Gi-Oh! Rush Duel, bersama dengan laman web rasmi permainan.

Dunia Duel 

Yu-Gi-Oh! Rush Duel: Saikyou Battle Royale!! membolehkan anda menjelajahi dunia anime terbaru Yu-Gi-Oh! Seven dan bertarung melawan watak-watak dari rancangan tersebut. Objektif permainan agak mudah jika anda pernah menonton siri ini, dimana pemain perlu memenangi duel, mengumpul kad-kad raksasa, dan akan diajar cara bermain sehingga menjadi Duelis terbaik dunia.

350 pilihan kad & cutscene untuk raksasa hebat dalam permainan 

Buat masa ini, terdapat 350 kad di Yu-Gi-Oh! Rush Duel yang dimaklumkan, dan akan bertambah melalui kemaskini permainan; termasuk “Deck Modification Pack: Destined Power Destruction!!”. Ketika anda memanggil raksasa hebat ke medan perang, akan ada cutscene dimainkan, seperti dalam anime.

Kad Amiibo khas 

Oleh kerana ianya eksklusif di Switch, penggunaan kad Amiibo khas dimasukkan dalam ciri permainan. Anda juga akan mendapat satu watak secara rawak, iaitu antara Yuga, Luke, Gakuto, Romin, Roa, dan Nail bersama dengan watak rahsia. Watak ini boleh digunakan sebagai avatar duelist dan tiga bahagian khusus iaitu “the protector”, “deck case” dan “duel field”. Selain itu, jika anda mendapat salinan cetakan pertama permainan, anda akan mendapat tiga kad promo rare termasuk “Saikyo Battle Flag Ace Breaker”, “Dark Magician Girl” dan “The Pot of Greed”.

Pertarungan multiplayer

Maklumat lain yang diberikan Konami ialah, permainan ini mempunyai dua mod duel, iaitu “Local Battles” untuk bertarung dengan pemain tempatan, dan “Internet Battles” pula pertarungan secara atas talian. Buat masa ini, ianya hanya disahkan untuk pemain dari Jepun sahaja, tapi kami tidak terkejut jika ia akan dibuat secara global.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: konaminintendo switchYuGiOh Rush Duel
Previous Post

Square Enix mengumumkan mobile RPG Gate of Nightmares untuk iOS & Android, dilukis oleh pencipta Fairy Tail!

Next Post

Koleksi 21SS UT untuk Meraikan Budaya Pop dari Seluruh Dunia

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Koleksi 21SS UT untuk Meraikan Budaya Pop dari Seluruh Dunia

Koleksi 21SS UT untuk Meraikan Budaya Pop dari Seluruh Dunia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd