Menurut laporan oleh Gamerbraves dan kata-kata orang di media sosial, nampaknya YouTube Malaysia telah mula menyekat/mengharamkan Ad Blocker pihak ketiga. Ramai netizen mengadu bahawa mereka mendapat amaran jika menonton YouTube memakai Ad Blocker. Jika Ad Blocker tersebut tidak dibuang, maka anda tidak boleh menonton video di YouTube.

Semua orang tahu bahawa YouTube memang penuh dengan iklan. Iklan ini mengalihkan perhatian daripada kandungan sebenar yang anda ingin tonton dan selalunya akan bermula sebelum video sebenar. Apa yang lebih menjengkelkan lagi adalah apabila iklan ini muncul betul-betul di tengah-tengah video. Itulah sebabnya ramai orang memakai Ad Blocker untuk pengalaman tonton yang lancar.
Bagi mereka yang kurang tahu, Ad Block merupakan ialah browser extension yang berfungsi untuk menyekat iklan di Google Chrome, Apple Safari, Firefox, Opera dan Microsoft Edge dan banyak lagi. Lebih seronok lagi, ia percuma untuk digunakan, lantas mengapa ramai menggunakannya.

Jadi apa yang terjadi kalau anda masih degil dan menonton YouTube memakai Ad Blocker?
Amaran pertama hanya memberi amaran kepada pengguna bahawa Ad Blocker tidak dibenarkan di YouTube. Di sini, pengguna masih boleh mengabaikan mesej tanpa dikenakansebarang tindakan atau sekatan ke atas platfform tersebut.

Walau bagaimanapun, amaran kedua sangat serius. Penonton diberi 3 peluang sebelum YouTube akan serta merta menyekat setiap video, lantas melumpuhkan YouTube anda (sehingga Ad Blocker dimatikan).

Jika masih degil, YouTube hanya akan menunjukkan notis bahawa Ad Block melanggar terma dan syarat platform mereka.

Mengapa perkara ini berlaku? Kebanyakan keuntungan dan pendapan YouTube dan pencipta kandungan sebenarnya datang daripada iklan. Bak kata mereka:
Kami sedang mengambil lebih banyak langkah terhadap ad blocker untuk memastikan pencipta kandungan diberi pampasan untuk kerja mereka. Model yang disokong iklan YouTube menyokong pelbagai ekosistem untuk pencipta, dan menyediakan akses kandungan secara percuma dengan iklan kepada berbilion orang di seluruh dunia.
Bagi mereka yang tidak sanggup melayan iklan, YouTube menawarkan pakej premium yang terdiri daripada akses tanpa iklan; dapat memuat turun video di mobile dan akses kepada perkhidmatan penstriman muzik, YouTube Music. Harganya adalah seperti berikut:
- Individual: RM17.90 sebulan
- Family: RM33.90 sebulan
- Student: RM10.90 sebulan

Apa pendapat anda? Jom kongsi pendapat di ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post