Semalam, syarikat telco terkenal Yoodo telah mengumumkan kerjasama baru dengan The Pokemon Company di mana mereka menjadi syarikat telekomunikasi pertama Malaysia yang untuk menganjurkan kejohanan e-sukan bagi game MOBA – Pokemon Unite. Secara rasmi dipanggil Pokemon Unite Malaysia Open 2022, semua akan bersaing untuk prizepool sebanyak $20,000 (anggaran RM89 ribu).

Bagi sesiapa yang berminat, korang tidak perlu tunggu lama kerana pendaftaran akan dibuka pada 27 Julai, dan akan dibuka sehingga 30 Ogos, manakala acara Grand Finals akan berlangsung pada 10 September.
“Kami sudah tentu teruja untuk bekerjasama dengan syarikat yang terkenal di seluruh dunia – The Pokémon Company. Kebanyakan daripada kami membesar dengan Pikachu dan Charmander, dan bagi Yoodo untuk menjadi syarikat telekomunikasi Malaysia pertama yang dikaitkan dengan fenomena nostalgia sedunia ini adalah sesuatu yang sangat penting bagi kami.
Kami berharap kejohanan akan datang dapat menyediakan platform untuk lebih ramai pemain esport Malaysia untuk menyinar, mengembangkan dedikasi kami untuk menyokong bakat dari akar umbi.”
kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo (melalui theaxo).

Pada masa yang sama, Yoodo juga mendedahkan bahawa mereka akan memperkenalkan data Add-On bagi Pokémon UNITE, yang dijangka untuk bermula pada Ogos 2022. Penambahan itu merupakan salah satu tawaran yang tersedia untuk pengguna Yoodo – membolehkan mereka bermain sepanjang hari dan sepanjang malam dengan tambahan data sebanyak 20GB (untuk aplikasi yang anda pilih) apabila diperlukan.

Buat sesiapa yang tidak tahu, Pokémon Unite adalah game MOBA yang dibangunkan oleh TiMi Studio Group dan diterbitkan oleh The Pokémon Company untuk Android dan iOS serta Nintendo Switch. Setakat April 2022, game ini telah dimuat turun lebih 70 juta kali di semua platform. Jika korang nak tahu lebih lagi tentang game ini, korang boleh baca review kami di sini.
Itu sahaja info yang kami ada buat masa ini , untuk maklumat lanjut tentang tournament Pokemon Unite ini, sila layari laman FB Yoodo.
@gamersantaimy
Discussion about this post