Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yakuza: Like a Dragon mendedahkan pelbagi gameplay baru termasuk elemen “SUJIMON”, Sub-Stories, & Battle Arena!

Serta maklumat watak-watak, dungeon, & lain-lain.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2019
in Artikel, Berita, PS4
0 0
0
Yakuza: Like a Dragon mendedahkan pelbagi gameplay baru termasuk elemen “SUJIMON”, Sub-Stories, & Battle Arena!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diumumkan dalam isu terkini Weekly Famitsu, berikut adalah butiran terbaru tentang permainan video terbaru dalam siri Yakuza, Yakuza: Like a Dragon:

Maklumat Karakter

  • Kazuma Kiryu, Goro Majima, Taiga Saeshima, dan Daigo Dojima akan muncul menurut pengarah siri Yakuza Toshihiro Nagoshi.
  • Joon-gi Han dan Tianyou Zhao boleh menjadi ahli parti.
  • Ryo Aoki (disuarakan oleh Kousuke Toriumi) adalah gabenor Tokyo.
  • Bleach Japan adalah organisasi yang beroperasi untuk menghapuskan “grey zone (aktiviti yang ganas atau agresif)” dalam masyarakat dengan mengadakan demonstrasi protes di bandar.
  • Ogasawara (disuarakan oleh Tarusuke Shingaki) adalah wakil Bleach Japan.
  • Kume (disuarakan oleh Daisuke Hirakawa) adalah pemimpin cawangan Yokohama untuk Bleach Japan.

Dungeon

Dungeon adalah kawasan berbahaya di mana golongan gelandangan dan sakit berkumpul dalam jumlah yang besar. BOSS menanti menanti anda di pelusuk paling dalam dan pemain juga boleh mencari peti harta karun.

Sub-Stories

  • “Welcome to the Great Animal Circus” – Tewaskan beruang yang melarikan diri di bandar.
  • “Legendary Underground Arms Dealer” – Berjumpa dengan seorang lelaki bernama Chow yang tahu lebih mendalam tentang Kazuma Kiryu.
  • “To Suck with You” – Ruangan roomba sedang mengamuk liar di bandar.

Battle Arena

  • Kawasan pertempuran dengan jumlah 30 tingkat.
  • Setiap tingkat mempunyai peraturan khusus.
  • Capailah tingkat tertinggi untuk meraih ganjaran hebat.

Sujimon

Setelah bertemu Profesor Sujimon, Kasuga memutuskan untuk mengumpul makhluk berbahaya tersebut (Sujimon). Misi pertama dia adalah untuk mencabar Green, Red, and Blue. The Sujimon Encyclopedia adalah alat mudah untuk melihat maklumat seperti kelemahan dan item yang dikumpul. Lengkapkan koleksi 252 Sujimon untuk menjadi Sujimon Master!

Yakuza: Like a Dragon dijangka akan keluar untuk PlayStation 4 pada 16 Januari 2020 di Jepun, dan pada kemudian di Amerika dan Eropah. Peminat yang tidak sabar boleh baca artikel Yakuza: Like a Dragon kami yang lain untuk maklumat lanjut.

Sumber – Famitsu

Yakuza: Like a Dragon
Publisher: Sega
Developer: Ryu Ga Gotoku Studio
Release Date: 2020-01-16
PlayStation 4
Yakuza: Like a Dragon atau Ryu Ga Gotoku 7: Whereabouts of Light and Darkness adalah permainan peranan dikembangkan dan diterbitkan oleh Sega untuk PlayStation 4. Mempunyai protagonis dan permainan baru, Yakuza: Like a Dragon dianggap sebagai reboot yang terbaru dalam siri Yakuza
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PS4yakuzayakuza: like a dragon
Previous Post

Selami setiap bentuk Super Saiyan dalam siri Dragon Ball! Dari yang paling LEMAH hingga yang paling KUAT!

Next Post

Mod PUBG Mobile Payload x War terbaru? Apa sebenarnya ada dalam mod terbaru ini?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Mod PUBG Mobile Payload x War terbaru? Apa sebenarnya ada dalam mod terbaru ini?

Mod PUBG Mobile Payload x War terbaru? Apa sebenarnya ada dalam mod terbaru ini?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd