Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xiaomi melancarkan Mi AX9000 Gaming Wi-Fi Router dengan sokongan WiFi 6!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 29, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Hardware, Teknologi
0 0
0
Xiaomi melancarkan Mi AX9000 Gaming Wi-Fi Router dengan sokongan WiFi 6!
Share on FacebookShare on Twitter
Xiaomi baru sahaja mengumumkan pelbagai produk baru yang akan dilancarkan secara langsung dalam acara pelancaran global-nya. Di acara dalam talian ini, mereka mengumumkan Mi AX9000 Gaming Wi-Fi Router baru, yang mempunyai WiFi 6.

Mi AX9000 adalah router Tri-band yang menyokong kedua-dua jalur lebar 2.4 dan 5G serta dikuasakan oleh chipset Qualcomm hexa core (4 CPU+2 NPU). Satu fitur menarik di dalam peranti adalah ia menawarkan band 5G_Game, yang seperti namanya, didedikasikan khusus untuk gaming. Tambahan pula, AX9000 menawarkan jalur lebar 4×4 160MHz berbanding 4×4 80Mhz yang terdapat pada barisan router siri AX3000.

Router WiFi ini juga menyokong MU-MIMO dan OFDMA, yang bermaksud ia dapat menyokong sambungan sehingga 16 peranti. Dari segi reka bentuk, router ini mempunyai estetika yang unik dengan LED silang berbentuk ‘X’ di bahagian atas badannnya yang berbentuk segi lapan. Empat antena juga dapat diperhatikan di bahagian belakang serta empat port LAN. Selain itu, Xiaomi itu juga menawarkan port USB 3.0. Untuk penyejukan, peranti menggunakan satu kipas yang memastikan router kekal sejuk.

Berkat pemproses Qualcomm, router WiFi ini menyokong kelajuan hingga 4,804Mbps bergantung pada frekuensi yang disambungkan. Xiaomi juga memberikan penekanan pada sambungan dan jangkauan dengan router siri Mi AX9000 baru, yang sepatutnya dapat menawarkan internet pantas hingga jarak 12 meter, melalui dinding atau apa-apa rintangan lain di rumah si pengguna. Mi AX9000 akan tersedia pada harga 999 Yuan (kira-kira RM630.19).

Untuk segala liputan kami tentang Xiaomi, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Mi AX9000Mi AX9000 Gaming Wi-Fi RouterWi-Fi RouterWiFi 6xiaomi
Previous Post

Bentuk pakatan anda sendiri dan menangi hadiah utama di Epic War: Thrones!

Next Post

Xiaomi Mi 11 Ultra dilancarkan dengan 2 paparan, kamera Triple 50MP dan fast-charge 67W!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Xiaomi Mi 11 Ultra dilancarkan dengan 2 paparan, kamera Triple 50MP dan fast-charge 67W!

Xiaomi Mi 11 Ultra dilancarkan dengan 2 paparan, kamera Triple 50MP dan fast-charge 67W!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd