Sebuah game terbaru telah pun diumumkan semasa acara Gamescom 2022 berlangsung iaitu Wyrdsong. Kalau anda ingin tahu, Wyrdsong dibangunkan oleh Something Wicked Games, sebuah studio yang telah ditubuhkan oleh bekas pembangun di Bethesda Softworks, Obsidian Entertainment dan Bioware yang juga terkenal dengan game seperti Skyrim, Fallout dan Dragon Age. Jom kami ceritakan secara ringkas tentang game ini.
Wyrdsong merupakan sebuah game fiksyen AAA open-world yang berlaku semasa zaman pertengahan Portugal. Pemain akan dicabar untuk mempersoalkan kedua-dua realiti mereka dan pilihan yang mereka buat. Game ini dibangunkan untuk membawa definisi RPG yang baru kepada pemain.

Jeff Gardiner, veteran Bethesda Game Studios selama 16 tahun dengan kredit pengeluaran pada Fallout 3, The Elder Scrolls 4: Skyrim, Fallout 4 dan Fallout 76 telah meninggalkan Bethesda pada Ogos 2021 untuk membentuk studio baru bersama Staples, pengarah reka bentuk di Obsidian. Studio tersebut juga telah mendapat sokongan daripada penerbit Cina, NetEase.
Tarikh pelancaran game ini masih belum diumumkan tetapi ianya akan tersedia ke konsol dan PC. Pembangunannya juga masih aktif dan sudah tentu akan menemui pemain tidak lama lagi. Bila tengok pada reka bentuk macam ada ala-ala Skyrim sedikit ditambah pula dengan ahli sihir dalam dunia tersebut. Harap-harap dapatlah kita melihat sesuatu yang baru mengenainya nanti.
Apapun, anda boleh mendapatkan liputan lain mengenai gamescon 2022 melalui pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post