Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wuthering Waves 120 FPS Perlukan Minimum RTX 30 Series Atau Radeon 6000

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 16, 2024
in Action, Artikel, Berita, Gacha, GPU, PC, Teknologi
0 0
0
Wuthering Waves 120 FPS Perlukan Minimum RTX 30 Series Atau Radeon 6000
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun pasarannya sengit dan penuh persaingan, Wuthering Waves masih merupakan salah satu game gacha popular yang masih dimainkan sehinggi hari ini. Menawarkan kualiti dan grafik yang mewah, tetapi masih ramai pemain yang mengadu tentang masalah pengoptimuman. Ini kerana keperluan spesifikasi Wuthering Waves dianggap sangat tinggi terutamanya jika anda ingin bermain pada 120 FPS.

Baru-baru ini, Kuro Games baru sahaja mengumumkan butiran patch note bagi update 1.2, di mana salah satu kemas kini terbaru membolehkan pemain PC bermain Wuthering Waves sehingga 120 FPS.

Namun, Kuro Games menjelaskan bahawa salah satu syarat untuk bermain Wuthering Waves pada 120 FPS adalah wajib mempunyai kad grafik RTX 30 Series atau Radeon 6000 Series. Laman web rasmi mengatakan “keperluan sistem mesti dipenuhi” yang bermaksud itu adalah spesifikasi minimum.

Kad Grafik NVIDIA yang disokong:

  • RTX 30 Series: 3060, 3060 Ti, 3070, 3070 Ti, 3080, 3080 Ti, 3090, 3090 Ti
  • RTX 40 Series: 4050, 4060, 4060 Ti, 4070, 4070 SUPER, 4070 Ti, 4070 Ti SUPER, 4080, 4080 SUPER, 4090 D, 4090

Kad Grafik AMD yang Disokong:

  • RX 6000 Series: 6750 GRE, 6700 XT, 6750 XT, 6800, 6800 XT, 6900 XT, 6950 XT
  • RX 7000 Series: 7600, 7600 XT, 7700XT, 7800 XT, 7900 GRE, 7900 XT, 7900 XTX
Kredit: Kuro Games

Wuthering Waves telahpun mengeluarkan versi 1.2 pada 15 Ogos 2024, dan salah satu sorotan terbesar ialah mereka akan memperkenalkan dua watak baharu, Zhezhi dan Xiangli Yao. Lebih seronok lagi, Kuro Games mengesahkan bahawa Xiangli Yao akan diberikan secara percuma pada fasa kedua banner dalam update baharu.

Bagi mereka yang berminat, Wuthering Waves boleh dimuat turun pada platform Android, iOS, PC dan PlayStation pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Wuthering Waves
ShareTweetSend
Previous Post

Game Mobile ‘Harvest Moon: Home Sweet Home’ Akan Tiba 23 Ogos

Next Post

Genshin Impact Version 5.0 Menambah Negara Ke-6 ‘Natlan’ Pada 28 Ogos

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Genshin Impact Version 5.0 Menambah Negara Ke-6 ‘Natlan’ Pada 28 Ogos

Genshin Impact Version 5.0 Menambah Negara Ke-6 'Natlan' Pada 28 Ogos

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd