Koei Tecmo dan pembangun Team Ninja telah melepaskan preview untuk gameplay game terbaru mereka iaitu Wo Long: Fallen Dynasty. Kalau anda ingin tahu, game tersebut dihasilkan berdasarkan era Three Kingdoms, yang mengisahkan peperangan antara kerajaan-kerajaan China dari 220 hingga 280 AD (sama seperti Nioh yang berlangsung pada zaman Sengoku Jepun).
Bukan setakat itu, trailer gameplay itu juga menunjukkan beberapa demon serta pertempuran yang berasaskan pedang. Tidak dilupakan juga seni mempertahankan diri Cina. Anda boleh menonton trailer tersebut di bawah.
Tengok sahaja sudah nampak menarik. Kalau dapat bermainnya mesti lagi seronok. Berita baiknya, Koei Tecmo akan membawa Wo Long: Fallen Dynasty ke Tokyo Game Show September ini. Bermaksud pengunjung TGS akan dapat mencuba game ini. Sesiapa yang bermain game tersebut akan mendapat badge khas malah kepada pemain yang berjaya menghabiskan demo game akan mendapat sehelai t-shirt original. Produser game, Fumihiko Yasuda dan Masaaki Yamagiwa juga akan muncul semasa livestream TGS nanti.

Jadi kalau anda berpeluang untuk sertai Tokyo Games Show 2022, jangan lepaskan peluang untuk mencuba game Wo Long: Fallen Dynasty. Ia kan dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2023 di platform PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam. Ia juga akan boleh dimainkan melalui Xbox Game Pass. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game ini daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post