Kali terakhir berita mengenai PlayStation 5 adalah dedahan logonya dan beberapa spesifikasinya pada Januari lalu. Kini Sony meneruskan lagi sedikit demi sedikit perkonsian maklumat mengenai jentera permainan yang dinantikan ramai peminat ini! Dan kali ini, laman web rasmi PlayStation 5 telah dilancarkan!
Hampir enam bulan Sony telah memberi maklumat-maklumat termasuk butiran mengenai pengawal sistem, tetapi masih banyak yang tidak kita ketahui mengenai konsol yang akan datang ini. Microsoft telah mendedahkan banyak maklumat mengenai Xbox Series X, tetapi Sony nampaknya membuat PlayStation 5 lebih kejutan untuk peminat terus teruja dengan setiap maklumat yang dimaklumkan mereka.
Laman web rasmi PlayStation kini mempunyai laman yang didedikasikan hanya untuk PlayStation 5 dan masih tiada banyak maklumat didalam laman web tersebut. Halaman ini mempunyai logo, mesej mengatakan “PlayStation 5 akan datang” dan tarikh pelepasan yang bukan tetap. Tetapi, para peminat yang rasa tidak sabar mengenai maklumat seterusnya, anda boleh mendaftar dengan memberi e-mel untuk kemaskini PlayStation 5. Selain itu juga ada mesej dari Sony;
Kami telah mula berkongsi beberapa ciri yang luar biasa yang anda boleh harapkan dari PlayStation 5, tetapi kami tidak cukup bersedia untuk memperkenalkan sepenuhnya generasi PlayStation yang seterusnya. Daftar di bawah untuk menjadi antara yang pertama menerima kemaskini seperti yang kami umumkan, termasuk berita mengenai tarikh pelepasan PS5, harga PS5 dan senarai permainan PS5 yang akan datang.

Baru-baru ini Sony menyatakan mereka sekali lagi tidak akan menyertai acara permainan E3 2020 dan bukan itu sahaja, banyak permainan kini telah ditundakan termasuk Final Fantasy VII Remake, Marvel’s Avengers dan Cyberpunk 2020 dan banyak spekulasi dibuat oleh peminat ianya sebab kehadiran PlayStation 5. Buat masa ini permainan video pertama yang telah pasti akan hadir ke PlayStation 5 adalah Godfall.
Jadi kita harus bersabar sedikit lagi untuk pendedahan selanjutnya maklumay PlayStation 5, mungkin dalam masa yang terdekat pra-pembelian konsol ini akan dibuka dan bukan itu sahaja mungkin lebih banyak dedahan permainan eksklusif untuk PlayStation 5 ini! Nantikan pelancaranya musim cuti 2020 dan mungkin ianya dalam musim Krismas nanti.
@gamersantaimy
Discussion about this post