Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mendedahkan warna terbaru untuk DualSense dan console cover rasmi bagi PS5 termasuk bila ia akan dijual di Malaysia. Aksesori warna terbaru yang ditawarkan untuk DualSense adalah Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple. Menambah kepada pilihan Cosmic Red dan Midnight Black yang dikeluarkan sebelum ini, koleksi warna diberi nama “Galaxy Collection” dan akan dilancarkan secara global mulai Januari 2022 di pengedar yang sah.
Bagi console cover rasmi PS5, aksesori ini tersedia dalam warna yang sama seperti Galaxy Collection iaitu Midnight Black, Cosmic Red, Nova Pink, Starlight Blue dan Galactic Purple. Selain daripada cantik, ia mudah digunakan di mana pengguna hanya perlu cabutkan console cover berwarna putih asal dan memasang yang baru.

Console cover PS5 ini tersedia untuk kedua-dua PS5 dengan pemacu cakera Blu-ray Ultra HD dan PS5 edisi Digital. Ia dijual secara berasingan dan tidak termasuk dalam mana-mana bundle PS5 atau DualSense.
Console cover berwarna Midnight Black dan Cosmic Red akan tersedia mulai Januari 2022 di pengedar sah Malaysia manakala console cover berwarna Nova Pink, Galactic Purple dan Starlight Blue akan dilancarkan pada separuh pertama tahun 2022.


Di AS, UK, Perancis dan Jerman, beberapa produk ini akan tersedia melalui akses awal untuk di laman web direct.playstation.com. DualSense edisi Galactic Purple akan tersedia di mulai 14 Januari dan akan ditawarkan di peruncit lain mulai 11 Februari. Selain itu, console cover Midnight Black dan Cosmic Red akan tersedia mulai 21 Januari dan akan ditawarkan di peruncit lain mulai 18 Februari.

Malangnya, ia hanya untuk negara di atas. Malaysia tidak termasuk dalam senarai ini., jadi tarikh pelancaran tepat untuk warna baru DualSense dan console cover PS5 mungkin adalah berbeza. Buat masa ini, kita hanya mampu tunggu apabila PlayStation Asia mengumumkan maklumat lanjut.
Untuk segala liputan kami tentang PlayStation 5, sila tekan pautan ini.
Sumber – PS Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post