Statistik terkini menunjukkan bahawa nama Cyberpunk 2077 akan terukir dalam sejarah sebagai permainan dengan “launching digital” terbesar sepanjang masa. Permainan ini telah memecahkan rekod, dan berjaya menjual sekitar 10.2 juta unit digital! Menurut data, jumlah tersebut termasuk salinan permainan yang dibayar semula. Secara keseluruhan, hampir 80% penjualan digital untuk Cyberpunk 2077 adalah dari versi PC.
Ternyata, kegembiraan ini Cyberpunk 2077 sementara kerana walaupun memecahkan rekod, kemas kini 1.1 masih gagal memperbaiki beberapa masalah yang mengganggu pemain. Nampak gayanya, CD Projekt Red perlu meluangkan lebih banyak masa dan sumber untuk menjadikan permainan lebih stabil. Kalau tidak, reputasi mereka pasti akan terjejas lagi.
Banyak lagi kemas kini akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk mengurungkan masalah terbesar permainan, supaya ia boleh memenuhi harapan pembeli yang masih bermain. Oleh itu, walaupun CD Projekt Red berjaya memecahkan satu rekod besar, saya berharap Cyberpunk 2077 dapat menepati janji dan tunjukkan kehebatannya kepada dunia. Bagi mereka yang berminat, Cyberpunk 2077 kini tersedia di PC, PS4, dan Xbox One. Versi PS5 dan Xbox Series X|S sedang dalam pembikinan. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – SuperData

@gamersantaimy
Discussion about this post