Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia dan SQUARE ENIX telah memperkenalkan trailer baharu untuk ansuran utama seterusnya dalam siri Mana, Visions of Mana! Game ini ditetapkan untuk keluar pada 29 Ogos 2024 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S dan pada 30 Ogos 2024 untuk PC melalui Steam.
Trailer baharu untuk aksi-RPG yang dinanti-nantikan ini mendedahkan watak-watak baharu yang boleh dimainkan dan ciri-ciri gameplay yang boleh digunakan oleh pemain dalam perjalanan mereka yang menarik.
Gameplay Umum

Visions of Mana ialah kisah baharu dan entri utama siri Mana dan mengisahkan perjalanan Val, seorang “soul guard” baru dilantik yang ditugaskan untuk menemani rakan dari kecil, Hinna, seorang “alm” terpilih, ke Tree of Mana. Trailer baharu memperkenalkan watak baharu Palamena dan Julei, yang Val dan Hinna akan temui dalam perjalanan mereka melalui dunia yang luas.
Seperti yang dilihat trailer Visions of Mana di atas, pemain dapat membina pasukan yang terdiri daripada tiga orang semasa dalam pertempuran, dengan bertukar antara lima playable character, Val, Careena, Morley, Palamena dan Julei, dengan rakan sokongan Ramcoh, Aesh dan Hinna membantu di sisi.

Trailer ini juga memberikan pandangan lebih dekat pada beberapa ciri gameplay terkini, termasuk Elemental Vessel, artifak mistik yang mengandungi kuasa elemental di dalamnya. Pemain boleh menggunakan Elemental Vessel untuk menukar kelas dan mendapatkan abiliti baharu semasa pertempuran.
Kerana setiap watak mempunyai kelas khusus sendiri untuk setiap Elemental Vessel, pemain boleh customize pasukan untuk gaya pertarungan yang fleksibel dan strategik. Visions of Mana juga membawa kembali Menu Ring, di mana pemain “pause” pertempuran dan merancang langkah seterusnya.

Elemental trigger juga boleh ditemui di seluruh dunia dan digunakan untuk membuka tempat baharu untuk meneroka dan mencari item tersembunyi pada peta.
Pemain juga boleh berlayar di laut atau terbang di atas awan bersama Vuscav dan Flammie. Dengan memanggil rakan yang boleh dipercayai ini, pemain dapat menjelajah peta dunia dengan mudah.
Pre-Order
Bandai Namco Entertainment juga berkongsi butiran untuk Edisi Standard digital dan Edisi Digital Deluxe bagi Visions of Mana, yang tersedia untuk pre-order sekarang di PS5, PS4, Xbox Series X| S dan PC.
Pemain yang pre-order sama ada Edisi Standard digital atau Edisi Deluxe Digital akan menerima item in-game senjata “Brave Blade” untuk Val sebagai bonus. Selain itu, pemain yang membeli sama ada Edisi Standard digital atau Edisi Deluxe Digital sebelum 30 September 2024, juga akan menerima outfit “Guardian Garment” untuk Val, serta “Starter Pack”, sebagai bonus pembelian awal.
Untuk pre-order, sila tekan SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post