Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Visions of Mana ‘Game Trial’ Kini Tersedia Bersama Diskaun 25%!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2024
in Artikel, Berita, Demo, PC, Promosi, PS4, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Visions of Mana ‘Game Trial’ Kini Tersedia Bersama Diskaun 25%!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix membawa khabar gembira kepada peminat setia siri Mana. Game terbaharu dalam francais, Visions of Mana, kini tersedia sebagai “Game Trial” di PlayStation 4 dan PlayStation 5, khusus untuk ahli PlayStation Plus Deluxe.

Ahli PlayStation Plus Deluxe kini boleh menikmati Game Trial Visions of Mana yang menawarkan akses sehingga lima jam pertama gameplay.

Namun, bagi pemain bukan pengguna PlayStation atau mereka yang tidak mempunyai keahlian PS Plus, anda tetap boleh mencuba demo percuma yang turut disediakan.

Kredit: Square Enix

Dalam demo ini, pengembaraan bermula di pertengahan Chapter 1, di Rime Falls, sebelum membawa pemain melalui lokasi seperti Fallow Steppe dan Rhata Harbor. Pemain yang berani boleh menguji kemahiran mereka dengan menghadapi bos terakhir bab ini, Kraken.

Demo ini menawarkan pengalaman awal untuk meneroka dunia Mana dan merasai gameplay inovatif sebelum memilih untuk memiliki versi penuh.

Jimat 25% untuk “Visions of Mana”

Kredit: Square Enix

Lebih menarik lagi, buat pertama kalinya, Visions of Mana ditawarkan pada potongan harga 25% di pelbagai platform, termasuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Windows, dan Steam.

Jualan Black Friday ini hanya berlangsung untuk tempoh terhad sehingga 2 Disember 2024, menjadikannya peluang terbaik untuk menyelami dunia fantasi epik ini.

  • PlayStation Store
  • Microsoft Store
  • Steam

Apa itu Visions of Mana?

Visions of Mana adalah judul terbaharu dalam siri Mana, membawa gabungan daya tarikan klasik francais ini dengan elemen gameplay moden.

Berlatarbelakangkan latar semi-open world, game ini mengisahkan Val, seorang Soul Guard yang baru dilantik, dan rakan masa kecilnya, Hinna, yang kini bergelar Alm of Fire. Mereka memulakan perjalanan ke Mana Tree sambil mengungkap kebenaran tersembunyi tentang dunia mereka.

Kredit: Square Enix

Sepanjang pengembaraan, Val dan Hinna bertemu sekutu baru, merungkai misteri, dan menghadapi persoalan besar: adakah kita harus menerima takdir yang telah ditentukan?

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Val dan Hinna dalam pengembaraan epik mereka. Sertai dunia Mana hari ini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game TrialpromosiVisions of Mana
ShareTweetSend
Previous Post

Game Anime Shooter “Strinova” Kini Ada Di Steam Secara Free-To-Play!

Next Post

Virtua Fighter 5 R.E.V.O. Rasmi Diumumkan, Akan Datang Ke PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Virtua Fighter 5 R.E.V.O. Rasmi Diumumkan, Akan Datang Ke PC!

Virtua Fighter 5 R.E.V.O. Rasmi Diumumkan, Akan Datang Ke PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd