Dimana dia peminat-peminat permainan, Esports atau segalanya mengenai gaming? Lagi-lagi anda adalah pembaca setia laman web kami Gamer Santai? Nak sertai keluarga kami? Ini lah peluang anda kerana kini kami memerlukan Video Editor untuk menyunting kandungan menarik pada laman web dan sosial media kami!
Bekerja di Gamer Santai sememangnya satu peluang yang tidak patut anda lepaskan! Di sini, peluang untuk dunia gaming terbuka besar kepada anda semua. Anda berpeluang untuk review permainan video, melaporkan berita permainan video, memberi liputan acara-acara berkenaan permainan video, eh banyak lagi lah! Bukan setakat itu sahaja, anda juga berpeluang untuk ke acara-acara permainan video atau Esports tau!

Mempunyai idea yang kreatif untuk menghasilkan sesuatu mestilah menjadi satu keistimewaan yang anda perlu tampilkan untuk mencuit hati kami. Dari situ, kami tahu anda bakal menjadi seorang yang pandai menawan hati peminat Gamer Santai! Salur semua idea anda dalam penyuntingan, buat ianya menarik dan seronok untuk ditonton, bukan kami sahaja tersenyum, ramai yang akan menyukai hasil anda jika tepati cita rasanya!
Jadi siapa di sini berkarya, kreatif dan berimaginasi tinggi dalam video editing? Berikut adalah gambaran keseluruhan untuk jawatan ini;

Sorotan Pekerjaan
- “Bermain permainan di tempat kerja bukan sahaja diterima malah digalakkan” jika anda sukakannya
- Persekitaran rakan sekerja yang muda dan bertenaga
Deskripsi pekerjaan
- Mengedit video
- Membuat konten video gaming untuk menarik peminat
- Perlu mempunyai kepakaran videografi
- Perlu berpengetahuan mengenai gaming
- Urus saluran video Gamer Santai
- Kemahiran berkomunikasi yang sangat baik, dengan penguasaan Bahasa Malaysia
Arahan Permohonan Tambahan
- Sila hantarkan resume dan portfolio anda melalui emel: [email protected].
- Jenis fail diterima: PDF atau Word
- Muat naik satu fail yang lebih kecil daripada 5MB. Sekiranya CV / portfolio anda terlalu besar, hoskannya di laman web luaran, seperti Google Drive (contoh video anda), dan berikan pautan di emel anda.
Jadi bagaimana? Rasa boleh menepati kriteria yang kami perlukan? Jangan lupa untuk hantarkan CV/Portfolio anda ke laman web rasmi CareerBraves.com untuk memohon.
@gamersantaimy
Discussion about this post