Berita gembira buat pengguna Nintendo Switch! Ubisoft telah melancarkan versi ‘remastered’ Assassin’s Creed III yang termasuk Assassin’s Creed® Liberation dan tambahan DLC solo dari permainan asal yang termasuk misi Benedict Arnold, Rahsia Tersembunyi ‘Hidden Secrets’ dan The Tyranny of King Washington.
Jom saksikan trailer pengumuman Assassin’s Creed ini di Nintendo Switch!
Assassin’s Creed III adalah permainan video pengembaraan tindakan 2012 yang dibangunkan oleh Ubisoft Montreal dan diterbitkan oleh Ubisoft untuk PlayStation 3, Xbox 360, Wii U, dan Microsoft Windows. Ia adalah ansuran utama kelima dalam siri Assassin’s Creed, dan sekuel langsung kepada Assassin’s Creed 2011: Revelations. Permainan ini dikeluarkan di seluruh dunia untuk PlayStation 3 dan Xbox 360, bermula di Amerika Utara pada 30 Oktober 2012, dengan pelancaran Wii U dan Microsoft Windows pada bulan November 2012.
Dibangunkan oleh Ubisoft Chengdu dan Ubisoft Barcelona, versi Remastered Assassin’s Creed III megambil kesempatan terhadapat kebolehan Nintendo Switch dengan memaparkan sentuhan antara skrin ‘touch screen interface’, kawalan gerakan ‘motion-control aiming’, HUD dioptimumkan serta HD rumble. Sebagai tambahan lagi, mekanik dan ergonomik gameplay permainan turut dinaiktarafkan bagi mengoptimasikan pengalaman permainan yang terbaik!
Dalam versi remastered Assassin’s Creed III ini, pemain akan melakonkan watak Connor yang merupakan anak pahlawan diamana ibunya adalah asli Amerika dan bapanya British. Apabila revolusi berdarah semakin dekat, pasukan pemain diancam oleh kumpulan yang berkuasa dan cuba untuk menghancurkan revolusi Amerika serta mengawal tiga belas koloni yang lain. Selepas kampung anda diancam dan hancur, niat anda kini adalah mengekalkan pembebasan diri dan melepaskan segala kemahiran untuk menentang musuh.
Versi remastered Assassin’s Creed III yang termasuk versi remastered Assassin’s Creed Liberation kini boleh didapati dengan harga $39.99 (RM 167.64) di Nintendo Switch. Untuk lebih lanjut mengenai permainan ini, anda boleh melayari laman web rasmi mereka di sini (klik sini).
@gamersantaimy
Discussion about this post