Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valve kini menjual Steam Deck “Refurbished”, harga lagi murah untuk unit original!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 11, 2023
in Aksesori, Artikel, Berita, Hardware, Produk, Steam Deck, Teknologi
0 0
0
Valve kini menjual Steam Deck “Refurbished”, harga lagi murah untuk unit original!
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka ingin mendapatkan Steam Deck tetapi takut akan harganya yang mahal, sekarang anda mempunyai peluang kerana Valve kini menjual Steam Deck jenis Refurbished kepada sesiapa yang berminat. Bagi mereka yang ingin merasa pengalaman gaming PC mudah alih, ini adalah peluang yang bagus untuk memiliki satu unit Steam Deck.

Introducing Valve Certified Refurbished Steam Decks! These are fully tested at Valve facilities and come with the same 1-year warranty as a new Deck. Supplies are limited and expect these to come in and out of stock as available.
Learn more here: https://t.co/oVedF5MDU8 pic.twitter.com/xBWWN2gbgH

— Steam Deck (@OnDeck) August 8, 2023

Valve baru sahaja mengumumkan tentang Steam Deck jenis Refurbished pada minggu ini dan turut meyakinkan bakal pembeli bahawa dalaman unit Refurbished telah “diuji secara menyeluruh mengikut standard yang sama seperti unit original. Paling penting sekali, harga Steam Deck itu telah diturunkan sebanyak USD $130 bergantung pada model yang anda ingin dapatkan.

Supaya semua faham, berikut adalah harga bagi Steam Deck Refurbished dan Original:

  • Model 64 GB – USD $319 (asalnya USD $399)
  • Model 256 GB – USD $419 (asalnya USD $529)
  • Model 512 GB – USD $519 (asalnya USD $649)
Kredit: Valve

Sayangnya, saya tidak boleh memberi harga tepat di Malaysia kerana produk ini masih belum dijual secara rasmi di negara kita. Sebaliknya, cadangan di atas lebih khusus untuk pengguna yang ingin memberi Steam Deck jenis Refurbished melalui halaman rasmi Valve.

Bagi aspek kondisi dan prestasi, Valve menjelaskan bahawa Steam Deck Refurbished perlu menjalani proses yang ketat sebelum dijual semula. Seperti saya kata tadi, setiap unit Refurbished yang sah telah diuji daripada atas ke bawah pada tahap tertinggi, sama seperti unit original.

Kredit: Valve

Setiap unit perlu melalui factory reset lengkap, kemas kini pada perisian dan pemeriksaan menyeluruh yang melibatkan lebih 100 ujian di salah satu fasiliti Valve. Antara ujiannya termasuk memastikan semua input controller, sistem audio, skrin dan perkakasan dalaman berfungsi dengan lancar dan bagus. Hayat bateri juga dinilai untuk memastikan ia berfungsi dengan betul dan boleh bertahan lama.

Pada masa yang sama, sesiapa yang membeli Steam Deck (Refurbished) akan menerima carrying case, power supply, dan waranti selama setahun – jadi anda tidak akan kerugiaan apa-apa.


Sehingga sekarang, Steam Deck masih sangat popular di seluruh dunia tetapi permintaan orang yang melampau membuatkan peranti ini sangat susah untuk diperolehi; lagi-lagi pada harga yang murah. Oleh itu, anda tidak seharusnya melepaskan peluang ini jika sudah lama teringin.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Steam Deck, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Steam DeckValve
ShareTweetSend
Previous Post

Nak main Resident Evil? Dapatkan Koleksi Game RE Dengan Harga Serendah RM 14 di Humble Bundle!

Next Post

Overwatch 2 Kini Game Paling Teruk di Steam, Kena “Review Bomb” dengan Lebih 98000 Komen Negatif!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Overwatch 2 Kini Game Paling Teruk di Steam, Kena “Review Bomb” dengan Lebih 98000 Komen Negatif!

Overwatch 2 Kini Game Paling Teruk di Steam, Kena "Review Bomb" dengan Lebih 98000 Komen Negatif!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd