Setelah hampir dua minggu berkhemah di Copenhagen, Demark, kejohanan VCT Masters: Copenhagen akhirnya menutup tirai dengan pasukan FunPlus Phoenix (FPX) menjuarai kejohanan tersebut mengalahkan pasukan Paper Rex (PRX). Ini merupakan kejohanan Valorant yang menampilkan pasukan daripada seluruh dunia yang bermula pada 10 Julai sehingga 24 Julai 2022.
Dalam kejohanan ini, banyak pasukan yang telah memberikan usaha dan tenaga yang diadakan untuk meraih tempat ke pusingan akhir. Namun, hanya terdapat dua pasukan yang telah berjaya menempah kedudukan di pusingan terakhir iaitu FunPlus Phoenix (FPX) dan Paper Rex (PRX).

Kedua-dua pasukan telah memberikan persembahan yang terbaik sepanjang kejohanan ini berlangsung. Perjalanan Paper Rex sangat lancar tanpa kalah di “upper bracket” dan berjaya mengalahkan juara bertahan iaitu OpTic Gaming pada pusingan “upper final” sekali gus menempah tempat di pusingan akhir.
Manakala, perjalanan FunPlus Pheonix tidak begitu lancar kerana mereka perlu bermain di pusingan kumpulan terlebih dahulu untuk layak ke pusingan kalah mati. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengalah untuk bergelar juara dan mengalahkan pasukan daripada Asia Pasifik iaitu Paper Rex. Berikut adalah senarai pemain bagi kedua-dua pasukan yang berjaya menempah tiket ke peringkat akhir VCT Masters: Copenhagen.
Paper Rex (Asia Pasifik)

- Benedict Tan aka Benkai (IGL) – Singapura
- Aaron Leonhart aka mindfreak – Indonesia
- Wang Jing Jie aka Jinggg – Singapura
- Jason Susanto aka f0rsakeN – Indonesia
- Khalish Rusyaidee aka d4v4i – Malaysia
FunPlus Phoenix (Eropah)

- Dmitry Ilyushin aka SUYGETSU – Rusia
- Pontus Eek aka Zyppan – Sweden
- Kyrylo Karasov aka ANGE1 – Ukraine
- Andrey Kiprsky aka Shao – Rusia
- Ardis Svarenieks aka ardiis – Latvia

Jom kita bercakap tentang perlawanan akhir VCT Masters: Copenhagen. FPX dan PRX memberikan saingan yang sangat sengit dengan bermain sehingga map terakhir iaitu map kelima, Breeze. Pada map pertama Bind, ramai peminat yang menjangkakan PRX akan menang map tersebut, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pasukan FPX map tersebut dengan skor 13 berbalas 3 di mana mereka membelasah PRX.

Namun, harapan masih cerah di mana Paper Rex dapat memenangi peta kedua Icebox. Untuk pengetahuan anda, ini adalah kali pertama pasukan PRX bermain di map ini dan nampaknya mereka sangat yakin dengan strategi yang agresif untuk mengalahkan FPX dengan skor 13 berbalas 7.

Perlawanan di bawa ke map ketiga iaitu Fracture. Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan memberikan saingan yang sengit dengan skor 6 berbalas 6. Namun, pasukan FPX telah mendominasi perlawanan selepas menukar “role” kepada attacker dengan skor 13 berbalas 7.

Dengan FPX memperoleh satu lagi mata yang membuatkan mereka semakin hampir sebagai juara, mereka perlu mengalahkan PRX di map seterusnya iaitu Haven. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, pasukan PRX berjaya memenangi map tersebut dan menghidupkan kembali harapan untuk bergelar juara. PRX menang dengan skor 13 berbalas 7.

Perlawanan semakin sengit dengan kedua-dua pasukan semakin hampir untuk bergelar juara. Kini, mereka telah membawa perlawanan ke map terakhir iaitu Breeze. Pada separuh masa pertama, pasukan FPX berjaya mendapatkan 2 skor bonus untuk dibawa ke separuh masa kedua. Namun, PRX berjaya mengejar kembali dan berjaya mendapatkan skor 9 berbalas 7.
Tetapi apa yang berlaku selepas itu adalah sangat tidak dijangka kerana mereka terlalu yakin dan bermain sangat agresif sekali gus dihukum oleh FPX. Disebabkan strategi yang terlalu agresif, mereka membuat beberapa pergerakan yang sangat berisiko dan memberikan pasukan FPX peluang untuk merapatkan skor dengan membuat “comeback” 13 berbalas 9 sekali gus menjuarai kejohanan VCT Masters: Copenhagen di Denmark.

Walaupun PRX tidak memenangi kejohanan VCT Masters: Copenhagen, mereka telah memberikan perlawanan yang sangat seronok untuk ditonton lagi-lagi strategi yang digunakan adalah sangat berbeza dengan pasukan daripada Eropah ataupun Amerika Utara. Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pasukan iaitu FunPlus Phoenix dan Paper Rex.
Kalau korang nak baca lebih banyak berita tentang esport, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post