Acara The Game Awards 2022 telah mendedahkan banyak game menarik akan datang. Ubisoft juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan beberapa kejutan kepada peminat. Nampaknya game mobile, Valiant Hearts: Coming Home akan hadir ke platform Netflix! Sekuel kepada game popular, Valiant Hearts: The Great War itu akan lancar pada awal 2023 dan eksklusif kepada pelanggan Netflix mobile. Game itu boleh diakses melalui peranti mobile dan tablet.
Berlaku semasa Perang Dunia I, Valiant Hearts: Coming Home merupakan sebuah game naratif dramatik yang membawa pemain mengikuti empat watak dalam sebuah kisah mengenai persahabatan, survival dan pengorbanan, dengan segala perkara yang perlu ditempuhi akibat daripada impak peperangan.

Game ini menggambarkan sebahagian daripada kisah Harlem Hellfighters, unit infantri Afrika-Amerika pertama yang berperang dalam Perang Dunia I. Seperti game terdahulu, game ini menampilkan gabungan penerokaan, teka-teki dan aksi. Walt, rakan anjing yang setia dari game pertama, kembali untuk membantu pemain menyelesaikan teka-teki.

Valiant Hearts: Coming Home dibangunkan oleh pembangunan daripada game pertama di Ubisoft Montpellier, serta berkolaborasi dengan Old Skull Games. Ini merupakan game pertama daripada tiga game mobile oleh Ubisoft dan Netflix untuk platform penstriman itu. Ahli Netflix boleh mula bermainnya pada tahun 2023.
Banyak lagi pengumuman baru yang telah didedahkan. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai The Game Awards 2022 daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post