Update 1.2 Cyberpunk 2077 telah keluar secara rasmi untuk PC, PlayStation 4, dan Xbox One, di mana ia sepatutnya membawa pelbagai penambahbaikan, termasuk meningkatkan masa tindak balas polis dan memperbaiki banyak misi bermasalah.
Patch 1.2 for Cyberpunk 2077 is now live on PC and consoles! A version for Stadia will follow later this week.
The list of changes for this update is available here: https://t.co/gbDIp90CXG pic.twitter.com/gt64a8DPzW— Cyberpunk 2077 (@CyberpunkGame) March 29, 2021
Update ini berukuran lebih kurang 40 GB, dan ya.. ia memang sangat besar. Matlamat utama update ini adalah untuk memperbaiki kebanyakan bug dan masalah teknikal yang dijumpai oleh pemain. Walaupun dikeluarkan untuk semua platform, kemas kini ini lebih tertumpu untuk PS4 dan Xbox One.
Antara penambahbaikan termasuk, radius spawn NCPD yang ditingkatkan. Ini bermaksud polis tidak akan begitu kerap muncul secara rawak. Terdapat juga slider “steering sensitivity” baru di menu pilihan. Tujuannya adalah untuk mengemaskan lagi mekanik pemanduan, supaya dapat menawarkan lebih banyak keseimbangan kepada pemain.
Beberapa tambahan menarik lain adalah seperti “buff” kepada Gorilla Arms yang kini membuat kerosakan 20% lebih banyak, mengubah barangan yang dijual ke lokasi yang lebih sesuai, dan mengurangkan harga Tabula e-Rasa. Pada masa yang sama, isu di setiap lifepath, misi utama, misi sampingan, dan banyak lagi telah diselaraskan.
Sudah tentu, tujuan update ini adalah untuk menyelesaikan kebanyakan masalah di semua versi permainan. Namun, dari memperbaiki masalah, ada beberapa pemain yang mengadu update ini membuatkan keadaan bertambah teruk sehingga permainan pun tidak boleh dibuka.
Di perbincangan Reddit rasmi r/cyberpunkgame, beberapa pemain PC melaporkan masalah mereka berikutan patch 1.2 seperti skrin yang tiba-tiba hitam, isu crash semasa memulakan permainan, penurunan frame rate, dan masalah “CPU bottleneck“. Seorang pengguna melaporkan bahawa sebelum update Cyberpunk 2077, semuanya berjalan lancar, tetapi kini mendapat pelbagai masalah seperti skrin hitam dan seumpamanya.
Seorang pengguna bernama u/Russian_Bass, melaporkan bahawa permainan kini berjalan pada 17 fps, tetapi sebelum update, mampu berjalan pada 90 fps pada tetapan grafik Ultra. Ada juga yang melaporkan isu yang berkait dengan misi sampingan Delamain, lantas menghalang mereka daripada menamatkan permainan 100%.
Berikutan pelancaran Cyberpunk 2077 yang mengecewakan pada bulan Disember lalu, CD Projekt Red masih berusaha keras untuk memperbaiki Cyberpunk dan menebus kesalahan mereka. Adakah rancangan mereka untuk fokus pada pemulihan Cyberpunk 2077 sepanjang tahun 2021? Atau adakah mereka bersedia untuk mengaku Cyberpunk gagal? Apa pendapat anda tentang update 1.2 Cyberpunk 2077?
Cyberpunk 2077 kini boleh didapati di PC, PlayStation 4, dan Xbox One, manakala versi PlayStation 5 dan Xbox Series X akan keluar pada hujung tahun ini. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Cyberpunk 2077 Patch 1.2

@gamersantaimy
Discussion about this post