Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update 1.0 hadir bersama peta Erangel 2.0 di PUBG Mobile!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Update 1.0 hadir bersama peta Erangel 2.0 di PUBG Mobile!
Share on FacebookShare on Twitter

Versi beta PUBG Mobile akhirnya menerima peta Erangel 2.0 dengan update 1.0. Kemas kini itu dikongsi oleh pasukan PUBG Mobile di server Discord di mana mereka juga memberi pengenalan ringkas kepada Erangel 2.0. Di dalam, terdapat beberapa perubahan penting tetapi yang paling menonjol adalah peta Erangel 2.0 yang sangat dinanti-nantikan. Harus diingatkan bahawa kerana ini adalah versi beta, mungkin ada beberapa perubahan ketika versi stabil dikeluarkan.

Peta Erangel 2.0 mempunyai beberapa perubahan estetik untuk membawanya setaraf dengan peta Livik terbaru dan peta Miramar 2.0. Pertama sekali yang anda patut tahu ialah Erangel 2.0 akan memperkenalkan banyak perubahan visual pada lokasi-lokasi utama. Ini termasuk Mylta Power Plant, Quarry, dan Prison. Struktur beberapa bangunan akan diubah dan akan ada bunker tersembunyi di bawah bangunan yang menawarkan sejumlah loot yang bagus.

Selain itu, terdapat parit tambahan, benteng, dan kereta kebal hancur yang tidak dapat digunakan dan pengenalan senjata baru – M1014 – bersama dengan sedikit perubahan keseimbangan dan perbaikan bug. Cheer Park juga telah diubah dengan lebih banyak “showdown“, aktiviti dan lain-lain. Bagi mereka yang berminat, versi beta kini boleh dimuat turun untuk peranti Android di sini. Malangnya, pengguna iOS perlu menunggu kerana ia masih belum tersedia.

Itu sahaja yang saya tahu tentang kemas kini PUBG Mobile 1.0. Jika ada apa-apa berita baru tentang Erangel 2.0, saya akan terus laporkan anda semua! Untuk segala berita kami tentang PUBG Mobile, sila klik di sini.

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Erangel 2.0Mobilepubg mobileupdate 1.0
Previous Post

Jom main kejar-kejar! TOM AND JERRY: CHASE kini tersedia untuk dimuat turun!

Next Post

Kingston melancarkan Next-Gen KC2500 NVMe PCIe SSD di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kingston melancarkan Next-Gen KC2500 NVMe PCIe SSD di Malaysia

Kingston melancarkan Next-Gen KC2500 NVMe PCIe SSD di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd