Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unknown 9: Awakening Hands-Off — Selami Dunia Unknown 9 Dengan Medium Baharu!

Maira by Maira
March 7, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Unknown 9: Awakening Hands-Off — Selami Dunia Unknown 9 Dengan Medium Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa tahun yang lalu, kita telah diperkenalkan kepada sebuah game bertajuk Unknown 9: Awakening di acara gamescom. Game action-adventure itu merupakan IP pertama pembangun, Reflector Entertainment, yang berpangkalan di Montreal. Mereka telah menyampaikan cerita mengenai universe Unknown 9 melalui pelbagai media daripada siri komik Torment, novel Genesis dan siri podcast Out of Sight.

Sumber: Reflector Entertainment

Tema game ini berkisar tentang usaha Queastors di seluruh dunia dalam misi mencari kumpulan yang dipanggil Unknown 9. Mereka adalah kumpulan manusia abadi dengan pengetahuan yang hebat sebagai kunci untuk menyelamatkan manusia atau membawa kemusnahan. Mereka ini telah membimbing manusia melalui masa melalui alam semesta selari “The Fold”, yang memberi mereka keupayaan untuk menggunakan kuasa istimewa. Sudah tentu ada sahaja yang menggunakan kuasa ini untuk kebaikan atau kejahatan. Malah sudah ada dua kumpulan berbeza yang ingin menguasainya untuk mencapai matlamat tersendiri.

Satu pihak adalah The Leap Year Society, yang berusaha mengumpul ilmu daripada Unknown 9 untuk membawa manusia ke zaman keemasan baharu. Sementara itu, kita ada kumpulan The Ascendants yang ingin memanfaatkan ilmu ini untuk mendapatkan kuasa mutlak untuk mengubah nasib umat manusia.

Sumber: Reflector Entertainment

Cerita utama game ini mengikuti Queastor bernama Haroona yang mempunyai hubungan unik dengan The Fold, walaupun dia masih memerlukan banyak masa untuk menguasai kuasa ini. Dia mempunyai cita-cita untuk membalas dendam kematian mentornya di tangan salah seorang pelajarnya yang lain, Vincent Lichter. Akhirnya cita-cita ini membawanya ke dalam konflik antara dua kumpulan besar yang cuba menggunakan kuasa The Fold, sementara semuanya menghadapi pelbagai bahaya untuk menghentikan rancangan jahat Vincent.

Model protagonis dalam game ini mungkin anda pernah lihatnya kerana pembangunnya telah berganding bahu dengan pelakon terkenal, Anya Chalotra yang dikenali sebagai Yennefer dalam siri The Witcher Netflix.

Sumber: Reflector Entertainment

Bercerita tentang gameplay, Unknown 9: Awakening padat dengan gameplay loop yang ringkas dan berkesan serta fokus kepada Active Stealth, Combat dan Stepping. Anda boleh bermain secara defensif atau lebih agresif dengan pelbagai kemahiran yang tersedia, termasuk kemahiran yang lebih dipercayai sebagai utiliti seperti mengesan kehadiran musuh, menyamar atau recover. Selain daripada serangan fizikal, Haroona juga dilengkapi dengan kekuatan umbric yang diperoleh daripada hubungan kuatnya dengan The Fold.

Salah satu gameplay loop yang ada adalah Stepping, satu keupayaan istimewa yang membolehkan watak anda bergerak ke kedudukan musuh dan menakluknya. Dengan ini, anda boleh melancarkan serangan berturut-turut pada musuh berdekatan sambil Stepping untuk menghasilkan kombo. Dengan gabungan kebolehan fizikal dan magic, anda boleh membina pelbagai senario gameplay sambil fokus pada elemen strategi. Stepping juga mempunyai potensi untuk diperkuatkan lagi, seperti bagaimana setiap serangan yang berjaya akan menguatkan serangan seterusnya.

Sumber: Reflector Entertainment

Apabila anda ingin menggunakan kemahiran dengan kuasa Umbric, anda akan menggunakan tenaga daripada bar “Am Power”. Anda boleh menambah semula bar ini dengan terlibat secara aktif dalam pertempuran, melakukan takedown atau membuka Am Canister yang boleh didapatkan di seluruh dunia semasa meneroka. Anda juga boleh menggunakan Am Power untuk memulihkan HP watak anda dan terdapat bar “Stepping Token” yang ditumpukan untuk keupayaan watak anda untuk melalukan Stepping.

Daripada sesi gameplay yang ditunjukkan, anda boleh melakukan sedikit penerokaan di luar pertempuran untuk mengumpul Skill Point yang diperlukan untuk mengakses kebolehan baharu dalam Skill Tree. Terdapat tiga kategori untuk Skill Tree dalam game ini iaitu Umbric Abilities, Stealth, dan Combat. Tidak banyak aksi platforming, tetapi sepanjang pengembaraan, anda kadangkala diiringi oleh watak lain yang boleh membantu anda.

Sumber: Reflector Entertainment

Semasa dalam pertempuran, Stepping juga boleh menghentikan masa buat sementara waktu supaya anda dapat memerhati situasi dengan lebih bebas. Game ini juga mempunyai pelbagai jenis musuh, dengan serangan berbeza seperti senjata jarak dekat dan senjata api. Mereka yang mempunyai Archetype tertentu seperti Bruiser yang bergantung pada serangan fizikal dengan HP banyak atau Burst Gunner yang boleh menembak beberapa peluru berturut-turut. Sepanjang pengembaraan, anda boleh meneroka pelbagai lokasi menarik dengan reka bentuk tersendiri dari universe Unknown 9, termasuklah bandar Chamiri yang dibangunkan khas oleh pembangun sebagai lokasi baharu untuk game.

Unknown 9: Awakening akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC pada musim panas 2024. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Unknown 9 Awakening
ShareTweetSend
Previous Post

Xiaomi 14 Series Akan Tersedia di Malaysia pada 8 Mac, Harga Bermula RM 3,499!

Next Post

Vindictus: Defying Fate Bakal Mulakan Ujian Pre-Alpha di Steam Pada 14 – 18 Mac Ini!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Vindictus: Defying Fate Bakal Mulakan Ujian Pre-Alpha di Steam Pada 14 – 18 Mac Ini!

Vindictus: Defying Fate Bakal Mulakan Ujian Pre-Alpha di Steam Pada 14 - 18 Mac Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd