Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece FILM: RED, bakal tiba di Malaysia

safwan by safwan
June 28, 2022 - Updated on September 1, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Filem, Manga, Produk
0 0
0
UNIQLO mengumumkan koleksi UT One Piece FILM: RED, bakal tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

UNIQLO telah mengumumkan koleksi UT terbaru mereka dengan kolaborasi filem One Piece: Red di Jepun pada pertengahan Julai 2022 dan kini bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Menurut laman web rasmi Uniqlo, ia bakal tersedia pada awal bulan September 2022.

Koleksi ini akan menampilkan empat reka bentuk dan saiz tersedia bermula XS sehingga 4XL. Harga untuk satu t-shirt ialah RM 59.90. Anda boleh pergi laman web rasmi UNIQLO Malaysia di sini.

Setiap daripada sehelai baju mempunyai reka bentuknya yang berbeza dan unik. Baju t-shirt berwarna hitam menampilkan watak utama siri One Piece iaitu Luffy. T-shirt berwarna biru gelap pula menampilkan adegan Shanks yang memegang kepala Luffy seperti di dalam anime dan juga manga.

Selain itu, terdapat juga t-shirt berwarna merah yang menampilkan krew Red-Haired Pirate. Yang lagi penting adalah reka bentuk yang menampilkan krew Straw Hat Pirate pada baju t-shirt berwarna putih.

UNIQLO ONE PIECE

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui filem One Piece: Red, ia telah diumumkan pada tahun 2021 dengan menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama. Filem ini akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022. Berikut adalah sinopsis filem One Piece FILM: RED:

Uta, seorang penyanyi yang paling disayangi dalam dunia. Suaranya digambarkan seperti sesuatu yang luar biasa. Untuk buat kali pertama, dia akhirnya munculkan diri di khalayak ramai untuk sebuah konsert.

Tempat konsert tersebut telah dipenuhi dengan ramai peminat Uta, yang terdiri daripada lanun, tentera laut dan sudah semestinya krew Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Mereka datang untuk menikmati persembahan hebat daripada Uta. Kisah filem ini bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa Uta sebenarnya anak kepada Shanks.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa koleksi UT UNIQLO, One Piece FILM: RED bakal tiba di Malaysia pada awal bulan September 2022. Mesti ramai peminat One Piece yang tidak sabar untuk dapatkan baju ini di Uniqlo. Jadi, hanya perlu tunggu tarikh pelancaran daripada Uniqlo Malaysia. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece FILM: REDUniqlo Malaysia
Previous Post

[Review] The Black Phone – Melepaskan diri daripada penjara milik penculik psycho!

Next Post

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk ‘plot hole’ jalan cerita

Anime finale Bleach akan jawab banyak persoalan besar termasuk 'plot hole' jalan cerita

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd