Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UNIQLO akan melancarkan koleksi kedua Pokémon Meets Artists UT pada 21 Mac

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2022
in Artikel, Berita, Fesyen
0 0
0
UNIQLO akan melancarkan koleksi kedua Pokémon Meets Artists UT pada 21 Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat pakaian global UNIQLO akan mengeluarkan koleksi kedua Pokémon Meets Artists UT (UNIQLO T-shirt) pada hari Isnin, 21 Mac. Koleksi pertama mula diperkenalkan pada Ogos 2021.

Fokus UT adalah untuk menawarkan pelbagai budaya dan seni pop asli grafik dari seluruh dunia supaya pemakai dapat menunjukkan keperibadian masing-masing. Kali ini, koleksi Pokémon Meets Artists akan menampilkan karya unik tentang Pokémon oleh Magma, sekumpulan artis yang sebelum ini memperoleh pujian untuk kolaj kreatif mereka yang diperbuat daripada barang terpakai.

Untuk koleksi ini, Magma telah menggunakan topi keledar, bola, teropong dan alat stationary serta bahan-bahan lain dengan tekstur berbeza untuk menggambarkan Pokémon, lalu menambah daya tarikan baru kepada Pokémon popular seperti Pikachu dan Magikarp. Baju kanak-kanak pula mengambil inspirasi daripada skrin dadlam permainan untuk reka bentuk yang menggambarkan Turtwig, Chimchar, Piplup dan Pokémon lain, lantas mencipta koleksi unik yang boleh dipakai oleh orang ramai dari semua peringkat umur.

Berikut adalah antara reka bentuk yang dihasilkan:

LELAKI:

KANAK-KANAK:

Sekali lagi saya ingatkan, koleksi kedua Pokémon Meets Artists UT (UNIQLO T-shirt) akan dilancarkan pada hari Isnin, 21 Mac di semua cawangan UNIQLO Malaysia. Harga untuk baju UT lelaki adalah RM59.90 manakala baju UT kanak-kanak adalah berharga RM39.90.

Untuk maklumat lanjut tentang kolaborasi ini, korang boleh layari laman web rasmi UNIQLO.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: uniqlo
Previous Post

Gran Turismo 7 bekerjasama dengan Jazeman Jaafar & JP Chin dari Malaysia untuk “GT Café”

Next Post

Razer Huntsman Mini baru bernilai RM669, menampilkan “Analog Optical  Switch”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Razer Huntsman Mini baru bernilai RM669, menampilkan “Analog Optical  Switch”

Razer Huntsman Mini baru bernilai RM669, menampilkan "Analog Optical  Switch"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd