Setelah beberapa tahun di platform mobile, Lords Mobile mengekalkan kehangatan mereka sehingga kini dengan ramai pemain setia yang masih kekal dalam perjalanan permainan ini! Baru sahaja menyambut ulangtahun ke-4 pada tahun ini, Lords Mobile juga baru dikemaskini dengan memasukan bangunan terbaru Sanctuary dan juga ciri “Auto Use” terbaru yang kami telah kongsikan sebelum ini.
Apa sebenarnya yang ada pada Lords Mobile ini? Dengan muat turun yang mencecah beratus juta pemain, pengikut di Facebook hingga 3 juta orang, sepanjang 4 tahun ini pelbagai yang telah dilalui pembangunan permainan ini iaitu IGG (I Got Games). Sentiasa memberi kemas kini yang tidak membosankan, mendengar semua aduan peminat, itu adalah salah satu sebab kenapa Lords Mobile mempunyai ramai pemain.
Lords Mobile adalah sebuah permainan simulasi 3D dengan dunia penuh strategi dan chaos! Pemain harus membina empayar, mengumpul hero erotik, melatih askar anda dan berperang tanpa henti dengan stratergi! Menjalin persekutuan dalam Guild dan bergerak ke mana-mana sahaja kerajaan di dunia. Membangun dan menakluki, semuanya dengan grafik ini, dunia anda tidak pernah kelihatan begitu baik sehingga begini!
Maharaja yang sebenarnya telah jatuh. Kita memerlukan pahlawan sejati, Lord sejati yang dapat menyatukan Kerajaan. Rekrut pahlawan dari pelbagai latar belakang, dari dwarf dan mermaids hingga dark elves dan robot steampunk dan kumpulkan tentera anda di dunia ajaib ini! Berjuang dan menakluki untuk menubuhkan kerajaan anda!
Keunikan gameplay permainan ini yang memang membuatkan ramai masih setia!
6 ciri-ciri permainan ini yang dikongsikan di semua platform Lords Mobile yang termasuk platform Google Play, iOS Appstore dan PC via Steam. Ciri-ciri yang dimaksudkan adalah;
- Bina kerajaan anda sendiri: Dimana anda perlu upgrade bangunan, melakukan penyelidikan, latih askar anda, kuatkan tahap Heroes anda dan membawa kerajaan anda dengan baik untuk berjaya!
- Menggunakan Formasi Pasukan: 4 jenis pasukan yang berbeza dan 6 formasi pasukan yang berbeza untuk anda pilih! Rancang barisan anda, manfaatkan sistem kaunter, serta pasangkan pasukan anda dengan Pahlawan yang betul! Sempurnakan strategi anda untuk mengalahkan musuh anda!
- Hero yang kuat menanti: Buat pasukan 5 Hero yang kuat untuk berjuang melalui kempen gaya RPG! Biarkan mereka memimpin kerajaanmu menjadi gemilang sebagai jenderal perang!
- Menjalin Perikatan: Sertailah guild untuk berjuang bersama sekutu anda! Ikutilah perang bersama untuk menaklukkan pelbagai peristiwa yang menyeronokan: Guild Wars, Kingdom Versus Kingdom, Battle Royals, Wonder Wars, Darknest Invasion dan banyak lagi!
- Pertembungan Dalam Talian dengan Pemain Global: Pertarungan dengan 330 juta pemain dari seluruh dunia, dan tewaskan mereka yang menghalangi anda! Rebut takhta dan berkuasa atas semua!
- Pertempuran Animasi: Alami keseronokan perang ketika tentera anda bertembung dengan grafik 3D yang indah! Tonton sebagai Wira anda melepaskan kemahiran mereka dan memanfaatkan kekuatan mistik mereka!
Dah nampak keunikan permainan ini melalui ciri-ciri tersebut? Kesemua ciri tersebut bukanlah sembang semata-mata! Itulah sebabnya Lords Mobile menjadi sangat unik dimata kami juga. Terutama dengan ciri-ciri Hero yang ada didalam permainan ini!
Ketahui serba sedikit mengenai Heroes dalam Lords Mobile!
Kerjasama pasukan adalah salah satu yang penting untuk mempertahankan kerajaan anda. Disebabkan itu setiap pemain diberi pilihan Heroes untuk bersama menewaskan musuh. Terdapat beberapa kelas yang berbeza untuk hero yang ada dalam permainan ini. Antaranya adalah:
- Intelligence: Storm Fox; Lore Weaver; Petite Devil; Elementalist; Incinerator; Sage of Storms; Twilight Priestess; Bombin’ Goblin
- Agility: Black Crow; Scarlet Bolt; Demon Slayer; Trickster; Tracker; Chaos Dragon; Femme Fatale; Lightweaver
- Strength: Watcher; Rose Knight; Grove Guardian; The Big Guy; Boommeister; Death Knight; Berserker; Barbarian
Kesemua hero ini sememangnya ada kelebihan masing-masing, anda sebagai seorang pemain haruslah memilih yang terbaik untuk kemenangan! Jangan lupa pula naikkan tahap hero tu!
Kemaskini yang tidak membosankan langsung!
IGG sering memberi kemaskini dengan acara-acara yang menarik. Pada tahun ini sahaja beberapa kemaskini yang menarik telah hadir. Haya pada bulan Mei ini terdapat dua acara yang menarik seperti Happy Goddess Day dan Kingdom Labor Day. Serta yang terbaru adalah UI diperbaharui, bangunan baru hadir serta ciri Auto Use yang terbaru. Semua ini adalah untuk memberikan yang terbaik pada pemain diseluruh dunia!
Bukan setakat kemaskini dalam permainan, sebaliknya banyak merchandise Lords Mobile yang boleh dibeli untuk peminat setia permainan ini! Memang ternyata, IGG tidak melupakan peminat setia Lords Mobile!
Semuanya menarik kerana pelbagai benda untuk dijumpai!
Lords Mobile nyata menyeronokkan. Anda sentiasa merasa seperti anda sedang berkembang. Pengalaman permainan sememangnya sungguh mantap. Bukan itu sahaja, dengan guilds yang sentiasa menarik. Kerana kerjasama sangat penting dalam Lords Mobile, guilds sama ada akan cepat hancur atau berpegang teguh. Ini adalah salah satu aset terbesar permainan.
IGG telah mengikuti pengalaman dunia fantasi yang cuba mereka gambarkan secara tersendiri. Konsistensi sepanjang permainan adalah kukuh, kisah permainan-permainan juga padu. Pemain akan sentiasa berkembang untuk menjadi lebih kuat, grafik nya tetap solid walaupun tak sehebat treler. Serta yang kami sukakan, kepelbagaian dalam elemen pertempuran heri yang sememangnya menarik!
Jadi, pada anda yang masih tidak pernah mencuba Lords Mobile, inilah masanya untuk bersama pemain lain merasakan kemeriahan permainan Lords Mobile ini! Memuaskan pada anda yang suka game-game strategi ni! Jangan lupa untuk muat turun permainan ini di platform iOS, Google Play dan Steam secara Free-to-Play untuk dimuat turun!

@gamersantaimy
Discussion about this post