Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing – Wo Long: Fallen Dynasty Treasure Box Edition!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 10, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Unboxing, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Unboxing – Wo Long: Fallen Dynasty Treasure Box Edition!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah sekian lama menunggu, game soulslike terbaharu di pasaran, Wo Long: Fallen Dynasty telah dilancarkan secara rasmi sejak 3 Mac 2023 di pelbagai platform utama. Kami sempat bermain, jadi korang boleh baca review kami di SINI! Semalam, kami bertuah kerana menerima Wo Long: Fallen Dynasty ‘Treasure Box Edition‘ untuk PS4 yang mempunyai pelbagai barang dan goodies eksklusif.

Apakah yang ada di dalam? Jom kita lihat sama-sama dalam unboxing ringkas ini!

Pertama sekali yang kita boleh lihat adalah kotak Treasure Box Edition yang menyimpan segala barang-barang menarik di dalam dan sudah tentu, kita akan menerima CD game Wo Long: Fallen Dynasty versi PS4.

Seterusnya, kami menerima Art Book original yang memaparkan segala lukisan, reka bentuk, seni, dan lakaran naratif/cutscene tentang watak, makhluk dan persekitaran dalam game. Bagi mereka yang ingin tahu proses di sebalik tabir Wo Long, Art Book ini pasti menjadi khazanah berharga.

Untuk mereka yang suka mendengar muzik, Treasure Box Edition mengandungi CD Soundtrack original Wo Long yang mengumpulkan semua lagu di dalam game. Cuma ini adalah CD, jadi pastikan korang ada CD Player untuk memainkan lagu.

Kami turut menerima satu kemeja-T yang direka oleh jenama fesyen WEAVISM (Taiwan). Daripada segi design, ia memaparkan logo Wo Long Fallen Dynasty dan rekaan watak ‘Lu Bu’.

Akhir sekali, sesiapa yang membeli Treasure Box Edition akan menerima item DLC bonus Crown of Zhurong dan Crown of Gonggong yang pasti membantu dalam perjalanan korang di dalam game.

Itu sahaja bagi isi kandungan di dalam edisi premium ini tetapi bukan itu sahaja yang kami dapat. KOEI TECMO juga memberi barangan eksklusif tambahan yang tiada di dalam Treasure Box Edition. Ini termasuk:

Kemeja-T dan hoodie ekstra yang menampilkan corak lebih bergaya bersama ‘protagonis Wo Long’;

serta ‘stress ball’ untuk pemain guna bila terlalu tertekan dengan game. Andai kata tetiba rasa nak baling controller, cepat-cepatlah cari stress ball ini.

Bagi mereka yang tidak tahu, Wo Long ialah game Soulslike baru oleh oleh Koei Tecmo dan Team Ninja, yang membangunkan siri Nioh. Kita tahu bahawa jalan ceritanya berdasarkan kisah Three Kingdom, dan mengisahkan peperangan antara kerajaan-kerajaan China dari 220 hingga 280 AD.

Tidak sepenuhnya tulen mengikut sejarah, game ini menceritakan semula era itu dalam cara yang lebih gelap dan mengisinya dengan elemen sihir, wira dan entiti jahat yang luar biasa.

Wo Long: Fallen Dynasty kini tersedia di PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 3 Mac 2023. Kalau anda ada melanggan Xbox Game Pass, ia juga akan tersedia sejak hari pertama pelancaran.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Jom join giveaway PS5, kena ambik gambar kat Lot 10 bersama dengan Spider-Man 2 Art Installation je! Arahan lebih lanjut ada dalam video!#ps5 #playstation5 #playstation #ps5malaysia #LiveFromPS5MY #GamerSantaiPS5 pic.twitter.com/MFgeWyBAr7

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 6, 2023
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: UnboxingWo Long: Fallen Dynasty
Previous Post

Inazuma Eleven: Victory Road akhirnya akan dilancarkan pada 2023!

Next Post

Mega Man Battle Network Legacy Collection akan keluar pada 14 April 2023

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mega Man Battle Network Legacy Collection akan keluar pada 14 April 2023

Mega Man Battle Network Legacy Collection akan keluar pada 14 April 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd