Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unboxing santai: Kingston Fury Renegade DDR4 4600!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 30, 2021
in Artikel, Berita, Hardware, Review, Review Produk, Teknologi, Unboxing
0 0
0
Unboxing santai: Kingston Fury Renegade DDR4 4600!
0
SHARES
267
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pada bulan Jun lalu, Kingston mengumumkan mereka akan melancarkan siri memori RAM gaming performance tinggi yang dinamakan sebagai barisan “FURY”. Kini, barisan RAM FURY sudah boleh didapati di seluruh dunia termasuk Malaysia. Terdiri daripada tiga SKU iaitu Renegade, Beast, dan Impact, masing-masing direka cipta untuk memenuhi citarasa gamer yang pelbagai. Sebagai varian “terhebat” dalam barisan FURY, kami mendapat peluang untuk membuat unboxing bagi Kingston Fury Renegade DDR4 4600. Jadi bagi mereka yang memang sedang mencari RAM baru, saya harap artikel ini boleh bantu kamu membuat keputusan. Mari kita mulakan!

*Harap maklum kawan-kawan, ini bukan review tetapi unboxing. Saya tidak akan mengulas tentang bahagian prestasi kerana masih belum membuat kajian yang sepatutnya.*

Pengalaman unboxing

Memang jelas sekali kat mata, Renegade dianggap RAM yang paling premium dalam barisan Fury. Unit yang saya terima adalah kit 2x8GB DDR4 CL19, dengan penilaian 4600 MHz. Reka bentuk FURY Renegade “agak” dramatik dan menerima upgrade kualiti dan reka bentuk yang lebih mantap berbanding RAM Kingston lama. Secara umum, ini adalah antara reka bentuk yang paling kompleks untuk sebuah RAM dan saya boleh faham mengapa ia susah untuk dihasilkan.

Setiap bahagian diperbuat daripada aluminium, dan memberikan penampilan 3D yang stailo. Logo FURY pun sebenarnya dihasilkan oleh aluminium tetapi tidak dicatkan seperti lapisan hitam. Mereka juga mengukir beberapa garisan ke atas logo Fury untuk menampakkan lagi garangnya. Dari pandangan kasar, RAM ini dicantumkan oleh dua bahagian, di mana bahagian atas mempunyai lapisan yang lebih “smooth” dengan cat matte, manakala bahagian tengah mempunyai kemasan lebih bertekstur. Walaupun bahan ini sudah cukup untuk membantu aspek penyejukan, kawasan permukaan RAM yang luas juga memberi banyak faedah. Di bahagian belakang, kita ada pelekat dengan nombor siri unit. Tidak ada apa-apa yang pelik di situ.

RelatedPosts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

Satu benda yang saya suka ialah modul RAM ini menggunakan sepasang skru untuk mencantumkan setiap bahagian. Sebenarnya ada banyak RAM yang hanya menggunakan gam untuk melekatkan RAM dengan bahagian-bahagian lain. Dengan menggunakan skru, sekurang-kurangnya kita tahu RAM dalam keadaan lebih selamat sekiranya ada apa-apa yang terjadi. Lampu RGB atau light bar pun dibina sekali ke dalam logam, dan bukannya ke atas logam, jadi kesan cahaya tidaklah begitu bombastik sangat, dan sesuai untuk mereka yang tidak suka kesan RGB yang terlalu menyerlah.

Alang-alang, kita sembang pasal RGB pula. Warnanya memang cukup hebat, dan semua jelas, cuma (seperti saya kata di atas, lampunya tidak terlalu terang atau silau seperti contoh-contoh RAM lain di pasaran sekarang. Selain itu, RAM ini ada cahaya inframerah yang membolehkan modul untuk sync bersama hardware lain seperti GPU atau mobo (motherboard), jadi efek warna RGB sentiasa lancar dan selari. RAM ini juga compatible dengan kebanyakan mobo pada zaman sekarang, dan saya rasa tidak ada banyak jika anda ingin custom-kan warna sendiri untuk menyerlahkan lagi personaliti anda.

Secara keseluruhan, FURY Renegade adalah antara RAM terbaik yang kita boleh sekarang. Dengan reka bentuk yang agresif tetapi bergaya, aspek ini bukan mudah untuk dicapai bagi sesebuah RAM. Sebelum saya lupa, FURY Renegade juga ada versi non-RGB, yang lebih sesuai untuk user yang suka penampilan lebih “clean” tanpa RGB.

Pendapat

Kingston FURY Renegade berjaya membuktikan dirinya sebagai salah satu RAM paling ekstrem di pasaran, dan jelas direka khusus untuk para gamer dan PC builder. Dengan rating setinggi 4600MHz, unit 16GB yang saya uji mungkin adalah antara kit yang paling popular untuk beli. Walaupun tidak begitu besar, 16GB sudah cukup untuk mereka yang memiliki workstation canggih atau PC gaming mewah, manakala rating 4600MHz sudah cukup pantas untuk kebanyakan pemain, projek penyuntingan video dan lain-lain.

Saya sudah banyak menjelaskan tentang reka bentuk di atas, jadi anggap sajalah ini sebagai rumusan. Selain penampilannya yang garang, Kingston membuat banyak penambahbaikan ke atas barisan Fury. Pertama sekali, reka bentuk heatsink lebih praktikal dan ini memastikan prestasi yang konsisten dari memori. Seterusnya, mereka meningkatkan lagi luas permukaan RAM, untuk membantu penyejukan. Bagi efek estetik, RGB yang saya uji memang nampak cantik dan tidak terlalu menyerlah. Bersama dengan ciri inframerah, setiap efek RGB juga akan seragam dengan hardware lain. Jika anda nak simpan duit sedikit, versi non-RGB pun cukup kemas dan lawa.

Memori Kingston FURY Renegade DDR4 4600 RGB kini tersedia di pengedar-pengedar sah dalam Malaysia. Bagi mereka yang ingin mencari sesuatu yang lebih kena dengan setup, terdapat pelbagai kit lain seperti single module, dual kit, quad kit dan sebagainya. Ia juga tersedia dalam kelajuan dari 2666MHz hingga 4600MHz, bergantung pada ukuran dan latensi yang anda inginkan. Itu sahaja untuk unboxing saya bagi Kingston FURY Renegade! Untuk segala liputan kami tentang jenama Kingston termasuk produk terkini dan promosi semasa, sila tekan pautan ini.

[wpdatatable id=10]

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KingstonKingston FURY RenegadememoyUnboxing
Previous Post

Jawatan Kosong: Bandai Namco mencari Pengurus PR dan Media Sosial!

Next Post

Kini dengan lampu RGB! Ini Review terbaru RAZER HAMMERHEAD TRUE WIRELESS (2021)!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Kini dengan lampu RGB! Ini Review terbaru RAZER HAMMERHEAD TRUE WIRELESS (2021)!

Kini dengan lampu RGB! Ini Review terbaru RAZER HAMMERHEAD TRUE WIRELESS (2021)!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd